140 mahasiswa USIM hadiri program Nasihat Taaruf Cinta di Universiti

Iklan
Panel memberi ceramah kepada peserta dalam Nasihat Taaruf Cinta di Universiti pada Sabtu.

Seramai 140 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghadiri program Nasihat Taaruf Cinta di Universiti yang diadakan di Kolej Kediaman 1 (KK1), USIM pada Sabtu.

Menurut Pengarahnya, Umar Mukhtar Hairulazam, program bertujuan memberi pendedahan awal berkenaan realiti perhubungan antara lelaki dan wanita yang berlaku pada zaman sekarang.

Iklan
Iklan

Selain itu, program juga menjadi medium perbincangan ilmiah yang dapat membuka minda golongan mahasiswa tentang hubungan yang mengikuti syariat Islam.

"Saya berharap semua penuntut dapat memperbaiki diri masing-masing ke arah lebih baik dan mampu mengajak lebih ramai individu untuk berubah ke arah kebaikan lebih-lebih lagi dalam perkara percintaan di mana zaman sekarang kita menormalisasikan hubungan yang salah berbanding taaruf cinta menurut Islam,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu, salah seorang panel bagi program tersebut, Jannatul Makwa Sutikislan menitipkan pesanan dan nasihat kepada semua peserta yang hadir.

"Sentiasalah melakukan perkara baik dan melaziminya agar perkara berunsur dosa tidak dapat masuk dalam diri kita.

Iklan

"Suaplah diri dengan pahala dan jangan biarkan diri diselubungi dosa. Kita akan terbiasa melakukan kebaikan jika melaziminya selama 30 hari dan tidak akan terfikir untuk melakukan dosa lagi,” katanya yang juga penceramah program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1.

Maklumat Penulis

Mahasiswa USIM, Nurafnan Ahmad Maruzi dari kelas ACJ 3083

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my