Nurul Adrianna terima anugerah kecemerlangan MIA

Iklan
Nurul Adrianna menunjukkan anugerah National Accounting Student Excellence Award 2022 daripada MIA atas kecemerlangannya dalam bidang perakaunan.

Keberhasilan pendekatan, amalan pembelajaran holistik di MSU

Pendekatan pembelajaran secara holistik yang diamalkan di Management and Science University (MSU) berjaya membuahkan hasil apabila seorang pelajarnya cemerlang dalam bidang perakaunan serta berjaya menerima anugerah National Accounting Student Excellence Award 2022 daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Nurul Adrianna Omar daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (FBMP) menerima anugerah berprestij tersebut sekali gus melonjakkan pencapaian akademiknya dalam bidang tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pencapaian tersebut telah memberikan dorongan kepadanya untuk berusaha lebih jauh bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang itu dan bidang-bidang lain yang diceburinya.

"Saya amat teruja dan berbesar hati menerima anugerah ini yang mengiktiraf usaha dan kerja keras saya sebagai pelajar perakaunan. Pencapaian ini memberikan saya dorongan agar terus berusaha untuk mencapai lebih banyak lagi kecemerlangan pada masa depan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MSU pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai anugerah itu, Nurul Adrianna memberitahu dia telah melalui proses temu bual oleh pihak MIA sebelum dipilih menerima anugerah tersebut.

Malah, dia juga telah mendalami pengetahuan selain mempunyai minat mendalam terhadap ilmu perakaunan, latihan serta komitmennya terhadap profesion bidang itu.

Iklan

Selain cemerlang dalam bidang akademik, Nurul Adrianna turut aktif dalam aktiviti ko-kurikulum termasuklah menyertai kelab MSU Young Accountants Club (YAC) sebagai platform untuk beliau menyumbang bakti melalui aktiviti kesukarelawan selaras aspirasi MSU menerapkan budaya 2G (Giving and Grateful) dalam kalangan para pelajar dan graduannya.

Dalam pada itu, Nurul Adrianna menyifatkan kejayaannya itu adalah hasil daripada sokongan para pensyarah serta rakan-rakan yang banyak membantunya.

"Pencapaian ini saya hadiahkan kepada ibu bapa sebagai satu cara untuk berterima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberikan motivasi untuk berjaya,” ujarnya.