TikTok bantu peniaga kecil tempatan raih untung

Iklan
Selari perubahan masa dan teknologi yang canggih, pengguna lebih bijak dan kreatif menghasilkan maklumat ilmiah dan bermanfaat kepada komuniti. Gambar kecil: Nurul Natasha.

Pada tahun 2022, hampir 17 juta pengguna Tiktok membabitkan individu berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Iklan
Iklan

DagangNews dalam satu laporan bertajuk Pengguna TikTok di Malaysia, Peluang Anda Berniaga mendedahkan, aplikasi itu memiliki lebih daripada satu bilion pengguna aktif bulanan di seluruh dunia dan lebih 240 juta pengguna di Asia Tenggara.

Menurut kajian firma Material bertajuk Tiktok Marketing Science Global pula terdapat lebih 20 peratus pengguna menyatakan bahawa aplikasi itu lebih menghiburkan daripada hiburan dan jenama sosial.

Iklan

Di awal kemunculan aplikasi TikTok, pengguna terdedah dengan kandungan berbentuk hiburan kurang bermanfaat yang membawa kepada budaya hedonisme. Namun, selari perubahan masa dan teknologi yang canggih, pengguna lebih bijak dan kreatif dengan menghasilkan maklumat ilmiah dan bermanfaat kepada komuniti Malaysia terutama generasi muda.

Semestinya, untuk menjana pendapatan melalui TikTok memerlukan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan video berkualiti bagi menarik minat, malah selari kehendak dan selera penggunanya. Bukan itu sahaja, peniaga juga dapat menaikkan rating akaun.

Iklan

Bukan itu sahaja, peniaga tempatan mampu meraih pendapatan di Tiktok selain menghasilkan video kreatif dan unik dengan menggunakan kaedah lain. Antaranya menerusi Tiktok Live sebagai penjana pendapatan yang mampu diperoleh dalam masa sehari di platform tersebut.

Untuk menjual barang dan perkhidmatan dalam talian Tiktok Shop memerlukan ilmu, bagaimana menjual dengan bijak dan berkesan.

Tiktok Shop juga membina perniagaan dalam talian, selain meningkatkan nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) menjana pendapatan lebih bagi menampung perbelanjaan mereka.

Bukan itu sahaja, untuk menghasilkan video berkualiti dan menarik, peniaga boleh melabur dalam teknologi dan automasi yang dapat meningkatkan produktiviti, menyelaras proses serta menambah baik pengalaman pelanggan secara keseluruhan.

Kerjasama kerajaan dan komuniti

Jalinan yang pelbagai bersama peniaga lain membangunkan perkongsian strategik sekali gus mewujudkan hubungan dengan organisasi tempatan, serantau dan antarabangsa yang membantu mengembangkan serta menyokong komuniti perniagaan tempatan.

Oleh itu, kerjasama kerajaan tempatan dan komuniti mampu menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan perniagaan tempatan dan menyokong komuniti tempatan.

Bukan itu sahaja, memperluaskan usaha pemasaran dan kolaborasi pengaruh memanfaatkan kandungan viral TikTok dan khalayak untuk menjangkau lebih ramai pelanggan.

Kerajaan tempatan dan komuniti memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuhan dan pembangunan perniagaan kecil tempatan. Dengan kerjasama itu, TikTok boleh menyokong pertumbuhan dan pembangunan perniagaan tempatan, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, dan meningkatkan kualiti hidup keseluruhan masyarakat setempat.

Sebagai contoh, platform TikTok boleh bekerjasama rapat dengan kerajaan tempatan menyediakan bimbingan dan sokongan buat perniagaan kecil tempatan seperti program bimbingan, bengkel dan acara rangkaian.

Ia termasuk peraturan yang menyokong perniagaan kecil tempatan seperti cukai yang adil, akses mudah kepada pinjaman dan kredit serta sokongan untuk inovasi perniagaan kecil.

Mereka juga boleh menggunakan platform itu mempromosikan perniagaan tempatan, mempamerkan produk, perkhidmatan dan pencapaian kepada khalayak yang lebih luas.

Jalinan kerjasama kerajaan tempatan dengan komuniti juga membolehkan TikTok memanfaatkan pelbagai pengalaman, pengetahuan dan perspektif pelanggan, seterusnya memupuk inovasi dan meningkatkan kualiti kandungan dan perkhidmatannya.

Platform Tiktok juga boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan kepada masyarakat kerana terdapat ramai content creator atau 'Tiktokers' yang berkongsi dan mengajar tentang ilmu penggunaan teknologi, isu semasa, masakan dan kesihatan.

Contohnya, pencipta kandungan digital, personaliti aktif di media sosial Tiktok dan Instagram dan ahli perniagaan Malaysia, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman mampu meraih populariti dengan berkongsi video masakan dengan gaya tersendiri yang bersahaja dan kelakar.

Beliau juga mampu menjual sebanyak 2.4 juta botol Sambal Nyet di laman sosial. Secara tidak langsung meraih pelbagai sumber pendapatan iaitu melalui aplikasi Tiktok sebagai seorang usahawan sambal.

Hasil perkongsian video beliau telah banyak memberi inspirasai kepada generasi muda untuk mencebur diri dalam cabang keusahawanan.

Hal itu menyebabkan ramai dalam kalangan remaja menjadikan beliau sebagai ikon dan sumber inspirasi mereka. Usahanya itu mampu mengubah persepsi dan membuka mata orang ramai khususnya generasi muda untuk menceburi kerjaya yang dianggap tidak glamour ini.

Di samping itu, kita boleh nampak di mana betapa dasyatnya kuasa viral apabila ramai influencer yang terkenal membantu dalam mengiklankan produk-produk tempatan di Tiktok Shop seperti kek tapak kuda yang kian tersebar luas dengan harga yang mampu milik.

Kuasa influencer mampu menaikkan dan mengurangkan hasil jualan peniaga kerana ramai pengikut mudah mempercayai ikon pilihan mereka.

Apabila permintaan barang dan perkhidmatan yang tinggi, maka peluang pekerjaan akan meningkat menyebabkan kadar pengangguran semakin berkurang. Hal ini sedikit sebanyak membantu masyarakat yang ingin mencari pekerjaan.

Tambahan pula, platform Tiktok selamat digunakan dengan adanya teknologi algoritma yang mampu mengesan dan menapis segala isi kandungan video yang melanggar terma aplikasi dengan unsur exploitasi terhadap kanak-kanak, ancaman, kekejaman atau kandungan lucah melampau yang memberi kesan negatif terhadap pengguna.

Sudah terang lagi bersuluh, kini aplikasi Tiktok menjadi satu platform dan landasan yang mempunyai niche kepelbagaian kandungan untuk menarik minat segenap lapisan pengguna terutam generasi muda dalam menambah ilmu pengetahuan.

Mereka juga mampu menjadi pemangkin dalam usaha ke arah keusahawanan digital dan penjenamaan kendiri pada usia yang muda sekaligus mampu menjana peluang penting bagi pertumbuhan pesat ekonomi tempatan dan negara.

Maklumat Penulis

Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jaharudin Padli dan pelajar tahun akhir SM Ekonomi (Sumber Alam), Nurul Natasha Mohd Salleh

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my