STTJ himpun RM4,000 hasil sumbangan alumni

Iklan
Alumni STTJ yang menghadiri Majlis Makan Malam Khas Jubli Emas 50 tahun, Sabtu lalu.

Sebanyak RM4,000 berjaya dikumpulkan menerusi Majlis Makan Malam Khas Jubli Emas 50 tahun Alumni Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ), Seremban, Negeri Sembilan yang berlangsung di sekolah itu, Sabtu lalu.

Menurut Presiden Tuanku Jaafar Technical Institution Alumni Seremban (TJTIAS), Md Badrul Hisham, sumbangan itu adalah hasil pemberian para tetamu yang hadir di majlis anjuran Ahli Jawatankuasa Alumni STTJ.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada alumni STTJ yang memberi sumbangan dalam majlis ini.

"Insya-ALLAH, dana yang diperoleh akan disalurkan kepada pihak sekolah untuk kemajuan dan kecemerlangan STTJ,” katanya ketika berucap dalam majlis yang dihadiri lebih 400 tetamu.

Iklan

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional, Ts Zulkernai Fauzi; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid; Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal dan Pengetua STTJ, Ts Sudiman Musa.

Sementara itu, Md Badrul berkata, alumni STTJ menyasarkan sebanyak RM100,000 dana bagi tempoh tertentu untuk diagihkan kepada sekolah.

Iklan

"Sejak tahun 1973 sehingga sekarang, majoriti bekas pelajar STTJ telah berjaya dan bekerja dalam pelbagai kerjaya profesional.

"Ada yang berjaya menjadi seorang arkitek, akauntan, doktor, peguam, pensyarah, guru, tentera, polis dan sebagainya.

"Jika setiap bekas pelajar menghulurkan bantuan kewangan kepada STTJ. Sudah pasti lebih banyak aktiviti boleh dilakukan seperti membaik pulih infrastruktur sekolah, aktiviti kecemerlangan pelajar, bantuan kepada pelajar susah dan lain-lain. Justeru, besar harapan saya agar alumni STTJ dapat memberi sumbangan demi sekolah yang tercinta,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ts Zulkernai yang turut berucap pada majlis tersebut menyifatkan penubuhan sekolah teknik di Malaysia berjaya membuka peluang kepada pelajar menjadi ahli profesional dan bergiat aktif dalam pelbagai industri.

"Dengan kemudahan teknologi yang semakin berkembang, saya yakin institusi teknik vokasional dapat melahirkan pelajar cemerlang sekali gus menjadi aset berharga kepada negara.

"Saya yakin, mereka yang lulusan teknik dan vokasional mempunyai masa depan yang sangat cerah kelak,” tuturnya.