Sudah boleh mohon Matrikulasi 2024/2025

Iklan
Segera isi permohonan yang akan tamat pada 31 Mac 2024.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan permohonan Fasa 1 bagi pengajian Program Matrikulasi KPM sesi 2024/2025 dibuka sejak 15 Disember hingga 31 Mac 2024.

Manakala permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 diumumkan.

Iklan
Iklan

Menurut KPM lagi, Program Matrikulasi KPM sesi 2024/2025 itu membabitkan kelompok pelajar yang menduduki peperiksaan SPM bagi tahun ini.

"Permohonan ke program berkenaan adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.

Iklan

"Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas SPM 2023 diumumkan.

"Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM,” ujar KPM dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Iklan