Memperkasakan golongan belia boleh dilaksanakan dengan membuka peluang keterlibatan dalam pelbagai sektor ekonomi.
Penyertaan belia dalam ekonomi memberi kesan berlipat ganda yang menjana pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.
Justeru, untuk memudahkan akses golongan belia menjadi sebahagian kegiatan ekonomi negara antaranya disediakan bantuan atau insentif merangkumi bidang ekonomi bukan tradisional seperti ekonomi gig, pertanian, industri hijau dan sektor penjagaan.
Kerajaan telahpun menggariskan dasar-dasar untuk merealisasikan harapan negara melalui pemerkasaan belia. Antaranya dengan mengadakan kad belia.
Pemerkasaan kad belia daripada kad siswa sedia ada akan digunakan oleh anak muda daripada usia 13 hingga 25 tahun. Pemegang kad diberi faedah potongan harga di pelbagai tempat perniagaan yang terpilih.
Selain itu, kembara siswa yang bertujuan meringankan beban mahasiswa yang mahu pulang ke kampung terutamanya sewaktu musim perayaan. Ia platform yang menyediakan tiket pada kadar harga tetap untuk penerbangan ke Sabah atau Sarawak dengan mengehadkan hanya dua tiket setahun untuk setiap mahasiswa.
Seperti yang diketahui, ramai dalam kalangan mahasiswa Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung, tidak pulang ke kampung disebabkan harga tiket penerbangan yang mencanak. Dengan adanya dasar kembara siswa itu, memberi inisiatif yang baik kepada mereka untuk pulang ke kampung.
Menjelang tahun 2030, Malaysia sepatutnya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan purata pertumbuhan ekonomi yang menawarkan keterbukaan kepada perdagangan dan pelaburan.
Ia bermakna potensi peluang pekerjaan dan pertumbuhan pendapatan memungkinkan lebih banyak guna tenaga berkemahiran diperlukan kelak.
Untuk itu, TVET perlu dimartabatkan sebagai sebuah institusi memperkenalkan kemahiran baharu, meningkatkan kemahiran sedia ada, peluang kerja dan gaji yang bermaruah kepada golongan belia.
Ini bermakna teknologi yang digunakan dalam latihan kerja perlu ditambah baik, kawalan kualiti perlu ditingkatkan, guru diperkasa dan suasana persekitaran pengajaran serta pengurusan sumber perlu lebih efisien.
Menggunakan rangka kerja OpenCreds untuk memudahkan dan memperkasa pelajar TVET, perintis, pengamal, jurulatih dan pekerja profesional supaya mereka memperoleh serta mencapai akreditasi akademik setara sarjana muda.
School To Work Transition yang diklasifikasikan sebagai salah satu program bernas, bertujuan melahirkan lebih ramai pelajar yang terlibat secara terus dengan dunia pekerjaan. Sebagai contoh, kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini melancarkan insentif skim bantuan kewangan i-Belia mengikut syarat-syarat tertentu.
Belanjawan yang bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ itu didukung lima teras utama dan diperkukuhkan dengan 147 inisiatif di bawah objektif kerajaan tersebut.
Lima teras utama itu adalah memperkuatkan daya tahan isi rumah, memperkukuhkan kesejahteraan sosial masyarakat, memperbaiki ketersediaan kemudahan awam rakyat, meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri dan memperindah persekitaran serta melindungi alam.
Bantuan tunai secara one-off termasuk sejumlah 66,400 belia bujang berumur antara 18 hingga 39 tahun termasuk 21,800 mahasiswa. Dengan bantuan i-belia ini, dapat meningkatkan pengaliran wang dalam ekonomi negara.
Naik taraf skil belia
Selain bantuan pinjaman, kerajaan juga memperuntukkan dana bagi memberi peluang untuk golongan belia meningkatkan skil mereka dalam menempuh permintaan industri.
Terdapat dua kumpulan sasaran bagi program ini iaitu pekerja gig atau orang bekerja sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah serta graduan TVET dan lepasan sekolah yang mempunyai tahap pendidikan SPM dan ke bawah.
Melalui inisiatif itu, peserta akan mendapat tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 mengikut kategori persijilan.
Pengajian kursus pendek di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) layak menerima tanggungan bayaran latihan maksimum RM2,500.
Manakala bagi kategori pensijilan profesional dan microcredential yang diiktiraf, layak menerima tanggungan maksimum sehingga RM4,000.
Elaun RM300 untuk tiga bulan juga diberi menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.
Mereka yang berkelayakan juga boleh memohon sehingga maksimum dua jenis latihan tertakluk kepada jumlah bayaran yuran maksimum mengikut kategori persijilan.
Maklumat Penulis
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jaharudin Padli dan pelajar tahun akhir SM Ekonomi Sumber Alam, Hasmiza Aswani
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my