Impak jenayah siber terhadap psikologi individu

Iklan
Pendidikan dan kesedaran awal juga kunci untuk mengurangkan risiko penipuan di masa depan. Gambar kecil: Nur Izzah.

Penipuan siber semakin menguasai masyarakat global telah menimbulkan isu serius terutama dalam aspek psikologi individu.

Dalam era digital ini, media sosial menjadi platform utama yang rentan terhadap penipuan.

Iklan
Iklan

Pada tahun 2021, jumlah laman sesawang mencapai 1.83 bilion di seluruh dunia dengan 5.15 bilion pengguna menggunakan telefon bimbit (Sarawati Johar, 2023). Artikel ini mengulas impak psikologi mangsa penipuan siber dan bagaimana tekanan mentalnya dapat berpanjangan.

Kehilangan kepercayaan diri adalah satu impak psikologi yang mungkin timbul. Mangsa penipuan merasa tertipu dan malu, mengakibatkan kehilangan kepercayaan diri. Contohnya, seseorang mungkin terjebak dalam pembelian atas talian palsu, mengecewakan dirinya sendiri dan merasa enggan berkongsi pengalaman tersebut.

Iklan

Kehilangan kepercayaan diri juga dapat merambat ke dalam hubungan sosial, membuat individu lebih berhati-hati dalam interaksi dengan orang lain.

Kecemasan dan rasa takut juga berterusan selepas terjebak dalam penipuan. Mangsa mungkin bimbang tentang kesan jangka panjang terhadap kewangan dan hubungan interpersonal mereka.

Iklan

Solusi terbaik adalah melibatkan pihak berkuasa dan pakar kewangan untuk penyelesaian yang efektif.

Perasaan penyesalan mendalam juga dapat muncul, mencipta beban emosional yang berat. Mangsa penipuan perlu mencari sokongan dari profesional kesihatan mental atau kumpulan sokongan untuk membantu mengurangkan tekanan emosi.

Pendidikan dan kesedaran awal juga kunci untuk mengurangkan risiko penipuan di masa depan.

Impak psikologi ini dapat menyebabkan tekanan mental yang berpanjangan, memerlukan sokongan emosi dan profesional.

Kesedaran terhadap ancaman jenayah siber perlu ditingkatkan dan sokongan kepada mangsa harus diberikan untuk pemulihan psikologi mereka.

Dengan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga, masyarakat dapat mengurangkan risiko dan melindungi kesejahteraan psikologi individu dari dampak penipuan siber.

Maklumat Penulis

Pelajar Tahun 2 Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Izzah Abu Bakar

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my