UTHM sedia terima 13,000 pelajar kembali ke kampus
Iklan
BATU PAHAT - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersedia menerima seramai 13,000 pelajar untuk kembali semula ke kampus bagi menjalani Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka bermula Mac ini.Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM, Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly, universiti sudah menetapkan beberapa perancangan bagi memastikan proses kembali ke kampus berjalan lancar dengan memberikan keutamaan kepada lapan kategori pelajar berkeperluan di semua peringkat pengajian.Baca juga5,410 pelajar UMK kembali ke kampusPelajar IPT dibenarkan masuk kampus mulai 1 Mac"Lapan kategori berkenaan membabitkan mereka yang memerlukan kerja-kerja amali, tiada akses internet, berkeperluan khas (OKU), akan menduduki peperiksaan seperti Malaysian University English Test (MUET), antarabangsa dan profesional, berada di lokaliti berhampiran kampus induk Parit Raja dan kampus Cawangan Pagoh serta pelajar-pelajar baharu yang akan mendaftar pada bulan Mac 2022 ini."UTHM juga menyasarkan kemasukan seramai 13,000 pelajar secara fizikal iaitu 68 peratus daripada keseluruhan enrolmen pelajar yang akan kembali ke kampus pada Mac 2022 bagi mengikuti pengajian secara bersemuka atau hibrid untuk fasa pertama ini."Pihak universiti akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin seterusnya mencegah penularan Covid-19 di dalam kampus," katanya.