UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-93, jangka dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun ini
Iklan
Shah Alam - Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-93 akan ditangguh dan dijangka dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun ini.Dengan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia buat masa ini, UiTM bersetuju untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac 2022, melibatkan seramai 27,287 graduan.Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UiTM, penangguhan ini melibatkan UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah.Baca juga"Tiada lagi gelaran budak AD", FSSR UiTM kini dikenali sebagai KPSKUiTM anjur program Masscom Interactive Futuristic Activities, bantu kurangkan tekanan pelajar selepas sekian lama ikuti PdPR"Keputusan ini dibuat berdasarkan saranan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berikutan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti."Penangguhan ini juga mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti."Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 ini dijangka akan dilaksanakan pada Jun hingga Julai 2022 bergantung kepada situasi semasa," katanya.Dalam pada itu, UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para graduan dan ibu bapa.