Setiap bulan bila murid-murid perempuan atau gadis datang haid, ada segelintir terutama golongan yang mengalami masalah kelangsungan hidup tidak mampu untuk menyediakan tuala wanita yang sesuai.
Kajian yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhubung kemiskinan haid mendapati peratusan 13.1 kanak-kanak perempuan daripada golongan sasaran B40 tidak mampu membeli tuala wanita berikutan faktor harga.
Idea pantas mereka adalah dengan menggunakan kertas atau kain semasa dalam kitaran ini tanpa memikirkan isu kebersihan yang mana boleh mengancam kesihatan pada jangka masa panjang.
Disebabkan ia memberi impak kepada hak asasi kanak-kanak perempuan dan wanita, perbincangan mengenai kemiskinan haid (period poverty) tidak seharusnya menjadi polemik atau dianggap tabu atau larangan dalam masyarakat. Malah masih ada yang beranggapan isu haid adalah perkara peribadi yang tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai.
Perlu diingat bahawa isu ini bukan secara epidermis yakni luaran sahaja kerana ia merangkumi secara holistik merangkumi masalah kemiskinan, masalah pendidikan kesihatan kanak-kanak dan masalah kebersihan.
Antara tiga elemen yang mempengaruhi kemiskinan haid seperti kurang pengetahuan terhadap produk haid beserta ilmu pengurusan haid dan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Wanita; akses yang terhad kepada kemudahan tandas, air yang bersih dan tempat pelupusan; dan suprivasi yang mana kanak-kanak ini dibenarkan menguruskan haid secara bermaruah tanpa ada gangguan.
Baca juga
"SPM saya 1969…hanya 1A. Itu pun subjek Sejarah” – Dr Shukri
SK Chopin buktikan yang kategori Sekolah Kurang Murid juga mampu cipta kejayaan luar biasa
Permasalahan ini boleh menganggu aktiviti harian individu yang terjejas. Ia juga meletakkan golongan kanak-kanak ini dalam keadaan terpaksa sehingga ada yang mengambil keputusan menamatkan alam persekolahan atau ponteng setiap bulan ekoran malu dan tidak selesa dengan perubahan fisiologi mereka yang mana sedikit sebanyak berkait dengan emosi.
Umumnya, semua sedar bahawa kitaran haid seharusnya diterima secara terbuka dalam aspek perspektif kesihatan dan perubatan kerana ia melibatkan kepada kesejahteraan perancangan keluarga.
Kesejahteraan keluarga terbentuk dengan adanya persekitaran yang positif, sosialisasi dan keperibadian yang baik dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Masyarakat masih menganggap fenomena ini tidak harus di perkatakan sedangkan ia bersangkut paut dengan kelangsungan hidup terutama kepada golongan B40 dalam menyediakan keperluan asas mereka.
Tidak dinafikan masih ada kelompok murid-murid perempuan daripada golongan ini yang terperangkap dan buntu dalam isu kemiskinan haid setiap bulan.
Ada mengambil jalan singkat dengan ponteng sekolah setiap bulan dek kerana tiada bekalan asas dalam menghadapi situasi ini.
Oleh itu terdapat beberapa badan sukarelawan atau badan bukan kerajaan (NGO) mengambil langkah kehadapan berkoloboratif dengan sekolah terutama di daerah terpencil dalam penyediaan prasarana serta suasana yang kondusif bagi menjamin sikap kemandirian tertanam.
Antara beberapa ikhtiar yang dikenal pasti oleh negara luar ialah dengan menyediakan tuala wanita di tandas awam.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Seperti di Britain telah memperuntukkan sejumlah wang kepada pertubuhan dalam menamatkan isu kemiskinan haid secara total.
Scotland pula memberi akses percuma kepada golongan terperangkap dalam kemiskinan ini dan beberapa inistiatif dari Perancis dengan mengurangkan cukai jualan produk haid dan pemberian tuala wanita percuma di sekolah New Zealand bagi mengekang isu ini daripada menular.
KPWKM sendiri turun padang dengan mengadakan program kesedaran dan program pemberian kit kebersihan kepada 130,000 remaja selain program pekerti sebagai usaha mendidik remaja tentang pendidikan kesihatan.
Menerusi pembentangan Belanjawan Tahun 2022 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKM) telah diberi mandat untuk mengagihkan kit asas kebersihan diri secara percuma setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40.
Objektif idea murni ini adalah untuk mengelak masalah risiko kesihatan dan keciciran di sekolah.
Malahan kempen dan pendidikan kesihatan reproduktif juga bakal dijalankan di sekolah-sekolah dengan kerjasama NGO.
Antara salah satu kempen adalah ‘Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita’ yang mana untuk menyeru agar masyarakat bersama memberikan sokongan dan sumbangan dalam membantu mereka yang berhadapan dengan masalah itu.
Cadangan supaya polemik kemiskinan haid ini diangkat dan ditimbang dalam pembelajaran malahan dibincangkan secara konstruktif agar dapat menghapuskan stigma masyarakat yang mana proses transformasi diri dalam wanita adalah lumrah dan semula jadi.
Diharap dengan usaha yang proaktif ini dapat mengangkat kumpulan yang tersasar keluar daripada kepompong mereka sebelum ia menjadi barah dalam kehidupan.
Maklumat Penulis
Dr Nik Syuhailah Nik Hussin
Pensyarah
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
Universiti Malaysia Kelantan