Masa depan generasi pandemik Covid-19
Iklan
Pandemik Covid-19 telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan manusia sejak berakhirnya tahun 2019.Kewujudannya seperti berlaku perang dunia cuma perbezaannya tidak melibatkan penggunaan senjata, kereta kebal, peluru berpandu atau sebagainya.Peperangan ini hanya dapat dilawan balik melalui penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dengan betul, kekerapan penggunaan sanitasi dan duduk di rumah.Kini, dunia sedang berperang dengan virus Covid-19 yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Malaysia pula tidak terkecuali dalam peperangan mengekang pandemik Covid-19.Bermula 18 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Keadaan menjadi sedikit kelam kabut kerana kebanyakan masyarakat tidak pernah mengalami suasana begini.Rentetan daripada itu bermulalah fasa hidup norma baharu dalam masyarakat. Pelbagai arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan dalam usaha mengekang pandemik Covid-19. Perkara yang paling terkesan antaranya adalah pembelajaran dan pengajaran (PdP) dari peringkat prasekolah sehingga ke universiti.Penerimaan masyarakat terhadap keadaan tersebut pada awalnya tidak begitu terbuka kerana mereka masih menaruh harapan bahawa PKP ini akan berakhir dalam masa terdekat daripada tarikh keramat tersebut diumumkan supaya kembali pulih seperti sedia kala.Malang sekali harapan hanya tinggal harapan malah kehidupan norma baharu pula diperkenalkan dan perlu diteruskan kerana negara masih lagi belum bebas dari peperangan pandemik Covid-19 ini.Kanak-kanak sekolah adalah individu yang paling terdedah dengan penyebaran Covid-19 kerana mereka kurang mengetahui apa yang sedang berlaku di persekitaran mereka.PdP di sekolah telah berubah kepada Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh tersebut.Baca juga Kemiskinan haid: Guru, ibu bapa dan masyarakat digesa fahami keperluan asas anakContent creator Bang Man dah konvo, saran generasi muda guna media sosial untuk cari rezekiPara pendidik, ibu bapa dan masyarakat sudah mula mengambil tanggungjawab masing-masing supaya proses PdP anak-anak dapat diteruskan seperti biasa. Antara sedar atau tidak, amalan norma baharu sudah hampir dua tahun berlalu.Dalam tempoh tersebut, prestasi akademi anak-anak masih berada dalam keadaan yang terjejas dan tidak selari dengan Aspirasi Pendidikan Negara.Keberkesanan PdPR secara dalam talian sepanjang pandemik Covid-19 masih diragui pencapaiannya.Kekerapan mereka mengikut proses PdPR secara dalam talian sangat minimum di rumah. Sedangkan PdP secara bersemuka pun, perkembangan akademik mereka masih terkebelakang, inikan pula secara dalam talian.Ibu bapa yang sememangnya bekerja dari rumah, mungkin tiada masalah untuk memantau anak mereka secara langsung tetapi keadaan ini sangat terbatas kepada ibu bapa yang perlu keluar bekerja sewaktu Covid-19.Bagaimanapun sama ada bekerja dari rumah atau tidak, tanggungjawab setiap orang telah berubah sama sekali iaitu ibu bapa berkerjaya perlu bekerja dari rumah atau di luar rumah manakala anak pula perlu bersekolah di rumah kerana semua orang diarah duduk di rumah dan hanya dibenarkan keluar rumah sekiranya ada keperluan.Ibu bapa dan keluarga terbeban dengan segala tanggungjawab di rumah iaitu menjadi guru, tukang masak, tukang cuci, ustaz dan sebagainya untuk memastikan kehidupan berjalan seperti biasa.Sebagai manusia biasa yang mempunyai kudrat yang terhad, tidak mampu melaksanakan semua perkara dalam satu masa.Keadaan tinggal dalam satu rumah tanpa menggalas tanggungjawab masing-masing seperti ke pejabat, ke sekolah, ke kampus dan sebagainya akan melibatkan emosi, mental dan fizikal yang kuat terutama apabila berhadapan dengan konflik.Kehidupan normal anak-anak berubah dan bertambah tekanan kerana masa mereka telah dirampas oleh pandemik yang kian mencabar sehingga kini.Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya keluar rumah, bermain di taman, berkawan dan sebagainya. Malah mereka ditakutkan lagi dengan bahayanya Covid-19. Jadi kehidupan terbatas hingga menyebabkan keadaan bertambah tertekan.Keadaan ini kurang berlaku semasa menjalani kehidupan norma lama, semua orang mempunyai tanggunjawab mengikut masa masing-masing.Sebagai contoh, seorang pekerja iaitu ibu bapa, kebanyakan bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang secara puratanya, manakala anak-anak akan bersekolah dari pukul 7 pagi hingga 1 petang dan bersambung hingga pukul 6 petang sekiranya ada kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) atau aktiviti kokurikulum.Setiap hari semua orang sudah sedia maklum dengan tanggungjawab masing-masing. Namun begitu tidak dinafikan, dari sudut positif dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika selama ini ibu bapa sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi kesempatan ini diambil untuk membaik pulih hubungan kekeluargaan. Walaubagaimanapun perlu difikirkan sejauh mana ia mampu berlaku dan kekal.