Berita baik buat pelajar asnaf WP, boleh mohon bantuan MAIWP sekarang

Iklan
D0D3D0B4-2CE5-425E-B856-1F19E3133183

BANGI - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM176.8 juta bagi bantuan zakat pendidikan kepada penerima yang layak.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, MAIWP mengutamakan pendidikan dalam mentransformasikan keluarga asnaf dan B40.

Iklan

Baca juga

Iklan

Tebus bantuan persekolahan MAIWP dengan aplikasi Boost bermula 28 Februari

LZNK berhasrat laksana modul pertahanan awam di semua sekolah Zakat Kedah

"Lantaran itu, pada setiap tahun MAIWP telah menetapkan jumlah pemberian yang cukup besar dalam pendidikan.

"Sebagai contoh, pada tahun ini jumlah agihan dalam bidang pendidikan adalah sebanyak RM176.8 juta.

"Zakat bukan sekadar berfungsi sebagai suntikan penenang yang boleh meringankan derita untuk beberapa saat tetapi sebagai ubat menyembuh yang boleh membasmi penyakit hingga akar umbinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Daud, melalui ‘blueprint' Pendidikan 2025, MAIWP meletakkan satu penanda aras bagi meningkatkan kualiti dan akses pendidikan para pelajar yang menerima zakat.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) UKM, Professor Datuk Dr Norazah Nordin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

Dalam majlis yang sama, MAIWP turut menyampaikan sumbangan berbentuk komputer riba kepada pelajar-pelajar UKM yang terdiri daripada golongan asnaf dan B40 bernilai RM170 ribu.

Kriteria bagi pemohon zakat pendidikan mestilah beragama Islam, warganegara Malaysia, bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.

Bagi pelajar peringkat pengajian tinggi yang cukup syarat-syarat umum boleh muat turun borang di https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf dan lengkapkan.

Borang tersebut perlu disertakan dengan lan-lain dokumen seperti sekeping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan), satu salinan kad pengenalan pemohon dan waris, salinan penyata gaji, nombor akaun bank, bil utiliti, surat pengesahan pengajian tinggi dan surat tawaran belajar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kemudian, borang dan dokumen-dokumen hendaklah diserahkan ke kaunter Baitulmal MAIWP.