Rujukan bagi para guru baru, etika pemakaian ketika di sekolah

Iklan
guru agama
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1985 yang bertujuan menetapkan etika pemakaian dalam kalangan guru ketika di sekolah.Garis panduan tersebut turut disesuaikan semasa guru-guru menghadiri majlis rasmi bagi kakitangan kerajaan seperti dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Baca juga9 IPT tawar jurusan fesyen dan pakaian, inilah masa tepat untuk pelajar buat pilihan(VIDEO) Murid lelaki kerap berbaju seragam, akhirnya guru PJ hadiahkan 2 helai baju sukanBerikut merupakan panduan pakaian buat guru sekolah;Sewaktu mengajar di bilik darjahGuru lelaki hendaklah berbaju kemeja, berseluar panjang dan bertali leher.Baju yang berlengan panjang tidak boleh dilipat dan mesti dimasukkan ke dalam seluar, kemudian, mereka perlu memakai kasut kulit atau kasut yang sejenis dengannya.Sekiranya mengenakan baju melayu lengkap, guru tersebut perlu memakainya dengan seluar panjang.Adalah dilarang memakai baju melayu dengan kain, ‘jeans’, seluar trek, seluar pendek dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata.Guru perempuan pula dibenarkan memakai pakaian kaum masing-masing yang padan dan sopan.Mereka juga boleh memakai kasut kulit, selipar atau yang sejenis dengannya mengikut kesesuaian.Peraturan itu juga melarang guru perempuan dari memakai kasut sukan, kain jarang dan apa-apa pakaian yang tidak sopan.Sewaktu kelas sukan dan kecergasanGuru lelaki dan perempuan hendaklah memakai pakaian yang tidak menghalang gerak geri ketika melakukan aktiviti kecergasan.Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi atau kasut kulit, sebaliknya guru-guru hendaklah memakai kasut sukan yang bersesuaian.Sewaktu kelas di makmal atau bengkelMereka perlu memakai pakaian khas yang disediakan untuk menjalankan kerja-kerja praktikal seperti uji kaji atau menggergaji kayu.Di makmal atau bengkel, guru lelaki perlu berbaju kemeja dan berseluar panjang dan jika perlu melipat baju berlengan panjang, maka, itu dibenarkan.Bagi guru perempuan, mereka dibenarkan memakai pakaian seperti mengajar di kelas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok