WhatsApp Video 2022-02-17 at 6.19.20 PM
WhatsApp Video 2022-02-17 at 6.19.20 PM

(VIDEO) Murid lelaki kerap berbaju seragam, akhirnya guru PJ hadiahkan 2 helai baju sukan

Rasyidah Zulkifi
17 Feb 2022 06:25pm
A
A
A

Di TikTok, tular video seorang murid lelaki yang menjalani kelas Pendidikan Jasmani (PJ) dengan mengenakan pakaian seragam sekolah.

Murid Tahun Empat itu gagal memakai baju PJ kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi membeli baju sukan tersebut.

Baca juga

(VIDEO) Murid ke sekolah pakai selipar, guru hadiahkan kasut anaknya

(VIDEO) Myvi nyaris langgar murid sekolah, warganet desak pihak berkuasa ambil tindakan

Anak bongsu daripada empat beradik itu berlatarbelakangkan keluarga yang kurang berkemampuan di mana ibu bapanya cuma bekerja di kedai runcit.

Oleh kerana simpati dengan nasib murid itu, guru wanita yang merakam video berkenaan menawarkan pertolongan bagi membeli baju PJ di koperasi sekolah.

[video width="480" height="848" mp4="http://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/02/WhatsApp-Video-2022-02-17-at-6.19.20-PM.mp4"][/video]

Menurutnya, dia menyedari sudah hampir dua hingga tiga bulan murid terbabit tidak memakai baju PJ setiap kali kelasnya.

Beliau bertanya murid lelaki berkenaan, “Di rumah, baju putih pun tiada ya?”, murid tersebut sekadar menggeleng.

“Kejap lagi waktu rehat kita beli baju PJ, selepas itu kita pergi Baling beli seluar (warna) hitam,” katanya.

Menurut guru itu lagi, beliau menyedari murid Tahun Empat berkenaan mempunyai bakat bermain bola sepak.

Jadi, guru wanita itu pun menyoal bagi mendapat kepastian tentang minat murid tersebut dalam sukan bola sepak dan dia mengangguk tanda suka.

“Kalau ada mana-mana pertandingan cikgu suruh Cikgu Borhan ambil awak.

“Nanti kita buat pertandingan bola sepak, awak masuk tau,” katanya.

Pada akhir video, guru wanita berhati mulia itu telah menghadiahkan dua helai baju PJ kepada murid lelaki berkenaan yang bernilai RM25 sehelai.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam masa dua hari, perkongsian tersebut berjaya meraih 2.7 juta tontonan, 285,800 tanda suka dan 12,600 komen daripada warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib murid lelaki itu.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok