Pendaftaran murid Tahun 1 Online Sesi 2023/2024 sekolah rendah negeri Selangor dibuka mulai 1 Mac

Iklan
Pendaftaran murid Tahun 1 Online Sesi 2023/2024

SHAH ALAM – Permohonan kemasukan kanak-kanak (warganegara) ke Tahun Satu sesi persekolahan 2023 dan 2024 bagi sekolah rendah negeri Selangor, kini boleh dilakukan secara dalam talian mulai 1 Mac hingga 30 April depan.

Iklan
Iklan

Bagi kanak-kanak yang dilahirkan dari 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017, sesi persekolahan mereka akan bermula pada 2023.

Iklan

Manakala, kanak-kanak yang dilahirkan 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018, mereka akan mengikuti pembelajaran pada sesi 2024 nanti.

Iklan

Baca juga 

Inspirasi ramai! Pelajar 10A+ SPM kongsi rahsia kejayaan untuk calon SPM 2021

(VIDEO) Sekolah runtuh akibat gempa bumi, murid dan guru sempat selamatkan diri

Di sini, Sinar Bestari kongsikan sebahagian maklumat penting untuk ibu bapa tahu mengenai proses pendaftaran berlangsung.

Ini info-infonya.

1) Tarikh daftar online – 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022

2) Keputusan penempatan – 1 Ogos 2022

3) Rayuan dibuka – 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022

4) Keputusan rayuan – 1 Oktober 2022

Tindakan ibu/bapa/penjaga

Setelah daftar online, sila hadir ke sekolah untuk perakuan permohonan dan sila bawa bersama dokumen berikut (asal dan salinan)

1) Borang permohonan Tahun Satu dicetak dari sistem pendaftaran dalam talian (online)

2) Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat

3) Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/Penjaga

4) Sijil Nikah/Sijil Daftar Perkahwinan

5) Surat Cerai dan Hak Jagaan Anak (Hadhanah/Custody), jika berkenaan

6) Bil Utiliti – TNB/Syabas/Astro/Telefon/Perjanjian Sewa (sebagai bukti alamat tempat tinggal atas nama ibu atau bapa)

7) Sampul surat alamat sendiri beserta setem

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Nota tambahan: Kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari 2017 layak memohon Kemasukan Awal Kanak-kanak Di Bawah Umur Ke Tahun Satu (2023). Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Pendidikan Selangor mulai 1 Jun 2022.

Sila layari portal https://jpnselangor.moe.gov.my/ untuk maklumat terkini.

Ibu bapa juga boleh layari laman sesawang https://public.moe.gov.my untuk mendapatkan info-info lain yang berkaitan.