10000000_427799425812786_1980973323115756884_n
10000000_427799425812786_1980973323115756884_n

(VIDEO) Sekolah runtuh akibat gempa bumi, murid dan guru sempat selamatkan diri

Adlan Farhan Azwan
25 Feb 2022 05:58pm
A
A
A

Kejadian gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia pagi tadi turut dirasai di negara ini terutama beberapa kawasan Lembah Klang.

Sehubungan kejadian itu, ramai warga maya berkongsi detik cemas berkenaan di media sosial masing-masing.

Salah satu daripadanya ialah video oleh seorang guru di Indonesia yang sempat merakam mengenai saat-saat getir sekolah runtuh ketika berlakunya gempa bumi itu.

Baca juga

(VIDEO) Gagal patuhi peraturan, tindakan guru ini dianggap keterlaluan

(VIDEO) Guru bertindak membakar telefon, undang kemarahan warganet

Video itu dimuat naik oleh Maria Paras Paras menerusi laman Facebook.

[video width="360" height="640" mp4="http://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/02/10000000_427799425812786_1980973323115756884_n.mp4"][/video]

Menerusi video itu, dapat disaksikan atap bangunan sekolah tersebut turut runtuh dan hampir menimpa murid yang sedang mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

Bagaimanapun, murid dan kakitangan sekolah sempat keluar dari bangunan tersebut bagi menyelamatkan diri.

Keadaan tambah menyedihkan apabila beberapa murid berada dalam ketakutan dan terpinga-pinga atas apa yang terjadi sehinggakan ada yang menangis.

Rakaman berdurasi selama lebih lima minit itu telah mendapat lebih 1,400 tanda suka dengan 1,000 komen.

Pengguna laman itu turut meluahkan rasa simpati dan memberikan komen positif supaya dapat menaikkan semangat murid dan kakitangan yang terkesan dengan kejadian tersebut.

Ramai juga yang sempat mendoakan semoga dipermudahkan urusan mereka yang terlibat dan diberikan kesejahteraan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Risfan 'ArieZ' Irawan :Tetap sabar, guru yang selalu waspada menjaga anak didik daripada bahaya gempa. Selalu semangat dan lakukan mitigasi secepatnya. Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada bahaya gempa. Amin.

Sibun Wibisono: Semoga ALLAH melindungi kita semua dan saudara-saudara kami yang tertimpa musibah ini sabar menghadapi dan mudahkan segala urusan-Nya. Amin.

Deslindra Des:Semoga tiada murid yang cedera akibat gempa bumi itu, sabar ya anak-anak dan banyakkan berdoa kepada Allah. Semoga selalu dalam perlindungan-Nya. Amin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok