ePrasekolah: Permohonan kemasukan bermula hari ini

Iklan
Screenshot (60)
Permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi sesi 2023/2024 boleh dibuat bermula 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022.Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/atau mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.Ibu bapa atau penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian atau manual perlu menghantar borang permohonan tersebut ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan.Sinar Bestari kongsikan juga cara-cara mendaftar prasekolah di bawah ini sebagai panduan kepada ibu bapa di luar sana.Baca jugaBanjir di Terengganu dan Kelantan: KPM buka bilik gerakan banjirPendaftaran murid Tahun 1 Online Sesi 2023/2024 sekolah rendah negeri Selangor dibuka mulai 1 MacCara daftar Prasekolah KPM 2022
  1. Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
  2. Hanya ibu, bapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
  3. Berikut adalah langkah membuat pendaftaran ePrasekolah KPM:
  4. Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/
  5. Melakukan pendaftaran pengguna
  6. Log masuk
  7. Klik pada Borang Permohonan Prasekolah
  8. Lengkapkan Maklumat yang diperlukan
  9. Pilih sekolah yang dipohon
  10. Pengesahan permohonan oleh ibu bapa atau penjaga
  11. Hantar permohonan dalam talian selewat-lewatnya 30 April 2022
  12. Cetak borang permohonan
  13. Hantar cetakan borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2022
  14. Semak keputusan secara dalam talian
Semakan Keputusan PermohonanSetelah berjaya daftar prasekolah 2023, sila buat semakan melalui cara berikut:Secara Dalam Talian – Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon – Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;
    atau kemukakan pertanyaan anda melalui e-mel kepada JPN.