Warga SHCA jelajah mercu tanda Putrajaya

Iklan
msufi
PUTRAJAYA - Sebagai sebahagian daripada inisiatif dalam memperkasakan kerjasama pintar di antara institusi pengajian tinggi, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan, Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitality and Creative Arts (SHCA) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan Tourism Malaysia akan mengadakan program ‘MSU Heritage Walk Series: Putrajaya Iconic Tour’.Penganjuran program ini bertujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG3 : Good Wellness and Wellbeing; SDG4 : Quality Education; SDG 11 : Sustainable Cities and Communities dan SDG17 : Partnership for Goals.Hadir dalam majlis perasmian program yang diadakan di Taman Wetland di sini ialah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Mohd Shukri Ab. Yajid dan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Domestik Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof.Turut hadir ialah pengurusan kanan MSU serta para pelajar.Program berkenaan bermatlamat menerapkan kesedaran budaya serta mempromosikan keunikan 11 mercu tanda pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam kalangan pelajar khasnya dan masyarakat amnya.Seramai 1,200 warga SHCA yang terdiri daripada pelajar, alumni dan pensyarah akan mengikuti ‘MSU Heritage Walk Series: Putrajaya Iconic Tour’ yang dijalankan secara fizikal dan secara maya (dalam talian). Pada majlis pelancaran ini juga menyaksikan penyerahan sumbangan SHCA sebanyak RM 8,000 kepada Yayasan MSU.Program seumpama turut diadakan sebelum ini melibatkan penganjuran ‘MSU Kuala Lumpur Heritage Walk (2018)’, ‘Royal Klang Town Heritage Walk (2020)’ dan ‘MSU Shah Alam Heritage Walk: Virtual Edition (2021)’ yang melibatkan aktiviti berjalan kaki yang diketuai oleh pemandu pelancong terlatih, menyelusuri perhentian-perhentian yang terdiri daripada bangunan-bangunan warisan yang masih kekal strukturnya dan mempunyai nilai sejarah yang menarik.