Pokok tumbang di SK Puchong Utama 2, sebahagian bumbung kelas alami kerosakan

Iklan
Pokok Tumbang SKPU2
Hujan dan angin kencang yang berlaku semalam menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebahagian bangunan kelas di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (SKPU) 2, Selangor.Menurut Guru Besar SKPU 2, Suzana Latif, kejadian berlaku sekitar pukul pukul 4:50 hingga 5:20 petang.[caption id="attachment_36185" width="600"] Pandangan sisi kerosakan yang berlaku.[/caption]Baca juga(VIDEO) Sekolah runtuh akibat gempa bumi, murid dan guru sempat selamatkan diriBas sewa khas USIM terlanggar pokok, 4 pelajar cedera"Alhamdulillah, ketika kejadian itu berlaku, tiada sesiapa yang berada berdekatan mahupun di dalam kelas kerana murid sedang bercuti dan kakitangan sekolah pula berada di pejabat."Berikutan kejadian itu, pihak sekolah terpaksa menanggung kerosakan yang agak teruk kerana berlaku kebocoran pada bumbung kelas dan perlu diperbaiki dalam kadar segera supaya kelas tersebut boleh digunakan oleh murid-murid," kata beliau ketika ditemu bual oleh Sinar Bestari.Suzana juga memaklumkan, selain kebocoran bumbung, beberapa peralatan turut rosak termasuklah almari yang berada di sudut kelas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Namun, setakat ini, masih belum ada angka yang tepat untuk mengetahui berapakah jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung," ujarnya.