SK Dato' Wan Kemara wujudkan Laman Relax and Recharge, budayakan program minda sihat

Iklan
KUBANG PASU - Guru-guru dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah sepakat bekerjasama mewujudkan Laman Relax and Recharge dalam usaha menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membudayakan program minda sihat.Guru Besar SK Dato' Wan Kemara, Mohd Nizam Saidin berkata, laman itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental dan sentiasa bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh KPM dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid.Baca jugaIBIC galak inovasi dalam kalangan pelajar, turut terima penyertaan pelajar luar negaraPelajar UKM jayakan aktiviti perkhemahan, amalkan SOP dan pengurusan risiko yang ketatKatanya, penglibatan ibu bapa secara serius dalam usaha menyiapkan laman berkenaan membuktikan mereka juga cakna dengan kesihatan mental anak-anak.[caption id="attachment_36195" width="400"] Laman Relax and Recharge yang diwujudkan hasil kerjasama ibu bapa dan guru SK Datotarget="_blank"'>"Ini adalah usaha untuk menormalisasikan kesihatan mental dalam kalangan warga sekolah, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang ramai orang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19."Tahniah juga kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang bertanggungjawab dalam menguruskan laman ini kerana telah menjadikan ia sebuah entiti untuk menyalurkan maklumat psikopendidikan berkaitan kesejahteraan mental selain mempromosikan amalan gaya hidup sihat kepada seluruh warga sekolah," tuturnya.