Jangan lepaskan peluang! Permohonan UPUOnline akan ditutup 31 Mac ini
Iklan
Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2022/ 2023 perlu membuat permohonan sebelum 31 Mac 2022, jam 5.00 petang.Bagi calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), permohonan boleh dilakukan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.Baca jugaePrasekolah: Permohonan kemasukan bermula hari iniBayaran proses UPUONLINE sesi 2022/2023 dikecualikanMenurut Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), kegagalan mengemukakan permohonan pada tarikh tersebut akan menyebabkan calon tidak akan dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian pada sesi akademik itu."Hanya calon yang mengemukakan permohonan pada fasa permohonan sahaja boleh mengemas kini pada fasa pengemaskinian."Tiada permohonan baharu akan dibuka pada fasa pengemaskinian," jelasnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook Kemasukan BPKP JPT.Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi UPUOnline.