Radzi, Ahmad Faizal lawat sekolah sempena sesi baharu 2022/2023

Iklan
276136418_331127035712424_8055295525463587671_n

IPOH - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini telah melawat beberapa sekolah di Ipoh, Perak bagi meninjau pengoperasian untuk hari pertama kemasukan murid bagi sesi 2022/2023.

Iklan
Iklan

Lawatan pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Pakatan Jaya, Ipoh, Perak itu turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Iklan

Mohd Radzi berkata, hampir tiga juta murid sekolah rendah dijangka hadir mengikuti pembelajaran secara bersemuka bagi sesi baharu persekolahan di seluruh negara yang bermula hari ini.

Iklan

Baca juga

Optimus Prime, Spiderman warnai pembukaan sekolah sesi 2022/2023

Sesi persekolahan fasa endemik: Cabaran baharu guru, pelajar

"Sama-sama kita doakan perjalanan persekolahan Penggal Satu, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 ini berjalan lancar, teratur dan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, hasil lawatan mendapati murid-murid kelihatan bersemangat dan teruja memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

"Pihaknya amat menyokong penuh pengumuman yang dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung kebenaran pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah melibatkan guru dan murid.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Kebenaran tersebut ternyata akan kembali merancakkan industri sukan dan rekreasi negara menerusi penglibatan guru dan murid di seluruh negara sekali gus membawa dan menambah pelbagai limpahan manfaat termasuklah daripada perspektif ekonomi dan pembangunan bakat,” katanya menerusi hantaran di laman rasmi Facebook milik beliau, hari ini.

Ahmad Faizal juga menggalakkan murid-murid untuk merebut peluang pada sesi persekolahan dengan memilih dan memulakan aktiviti riadah dan sukan serta kokurikulum bagi memastikan kesihatan jasmani mereka terjaga.