Bimbing pelajar buat pilihan, Cikgu Nor Azita guna pengalaman 22 tahun sebagai guru bimbingan dan kaunseling

Iklan
azita4
Berpengalaman lebih 22 tahun sebagai guru bimbingan dan kaunseling (GBK), Cikgu Nor Azita Buyong, 55, sudah berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah pelajar-pelajar termasuklah ketika mendapatkan maklumat untuk permohonan ke universiti.Baginya, situasi dan pengalaman itu adalah asam garam yang perlu dilalui oleh seorang GBK dalam membimbing dan membantu pelajar supaya mereka membuat pilihan yang terbaik dalam pelajaran serta kehidupan masing-masing.Cikgu Nor Azita yang kini bertugas sebagai GBK di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kajang Utama, Kajang, Selangor, berkata perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah mempunyai empat fokus utama dan salah satunya adalah pengurusan kerjaya murid yang mana hasilnya untuk memastikan mereka tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa depan."Dalam hal membimbing dan membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memilih program pengajian di universiti yang akan menentukan hala tuju kerjaya mereka, sudah tentu GBK akan menjadi tempat untuk mendapatkan rujukan dan maklumat."Oleh itu, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) sentiasa membuat jalinan kerjasama dengan Bahagian Kemasukan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)(BKPA) untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini supaya dapat disampaikan kepada lepasan SPM di sekolah masing-masing.[caption id="attachment_37261" width="600"] Cikgu Nor Azita bersama pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang menerima Anugerah Cemerlang.[/caption]"Bukan setakat itu saja, ada kalanya pelajar-pelajar ini dibantu oleh GBK dalam proses untuk permohonan secara dalam talian kerana segelintir daripada mereka tidak mempunyai capaian internet di rumah," katanya kepada Sinar Bestari, baru-baru ini.Cari maklumat IPTBerkongsi mengenai perkara yang perlu dilakukan pelajar sebaik menamatkan SPM, Cikgu Nor Azita yang pernah menerima Anugerah IKON Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang tahun lalu berkata, fasa berkenaan adalah sangat penting buat pelajar-pelajar."Ini kerana sudah tiba masanya mereka mula bertindak sendiri untuk membuat keputusan termasuklah memilih program pengajian dan disebabkan itu, saya sering mengingatkan pelajar supaya cari sebanyak mungkin maklumat mengenai jurusan serta kerjaya yang diminati."Rajinkan diri cari segala info menerusi internet dan sekiranya sudah ada cita-cita, ia lebih baik kerana mereka sudah tahu hala tuju masing-masing dan sebenarnya pelajar di Malaysia bertuah kerana mempunyai banyak laluan yang membantu lepasan SPM untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta," ujarnya.Bagi menimbulkan lagi minat pelajar terhadap program pengajian yang dipilih, Cikgu Nor Azita turut menyarankan supaya pelajar membaca blog dan perkongsian rakan-rakan yang sudah mempunyai pengalaman menyambung pengajian di universiti dalam bidang yang diminati itu.[caption id="attachment_37263" width="600"] Cikgu Nor Azita membuat perkongsian maklumat bersama pelajar-pelajarnya.[/caption]"Selain itu, dapatkan juga maklumat mengenai peluang biasiswa yang diberikan dan bantuan kewangan daripada kerajaan untuk pelajar yang berpendapatan sederhana atau rendah kerana ada yang mungkin memerlukan sokongan kewangan untuk menyambung pengajian kelak."Bacalah segala maklumat juga syarat yang ditawarkan oleh mana-mana biasiswa sama ada di dalam atau luar negara bagi memastikan pelajar mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan biasiswa berkenaan," jelasnya.Cabaran sebagai GBKSetiap kerjaya pastinya mempunyai cabaran tersendiri, begitu juga bagi guru yang dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini apabila beliau berdepan kekangan masa untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai program pengajian yang ditawarkan oleh IPT."GBK harus sentiasa bersedia kerana kebanyakan lepasan SPM ini tidak cakna dengan tawaran-tawaran dan pemberitahuan yang dibuat melalui media sedangkan dalam masa yang sama saya juga perlu menyediakan diri untuk program-program pelajar yang masuk ke Tingkatan Lima."Kuota 500 orang pelajar untuk seorang GBK menyebabkan guru tidak dapat memberikan perkhidmatan yang sepenuhnya kepada semua anak-anak didik di sekolah tetapi saya sentiasa berdoa semoga urusan setiap pelajar dipermudahkan dan mereka berjaya dalam kehidupan masing-masing," kongsinya.Bagi pelajar lepasan SPM di luar sana, Cikgu Nor Azita turut menitipkan pesanan supaya mereka sentiasa bersedia dengan maklumat-maklumat terkini dari UPUOnline, universiti awam (UA) dan IPT yang lain agar tidak berlaku keciciran info atau terlambat memberi maklum balas kepada IPT."Tetapkan juga matlamat kerjaya anda dan kuasai semua kemahiran mengenai jurusan yang dipilih agar tidak tersalah pilih."Sentiasa cakna dengan minat, kelayakan atau pencapaian setiap bidang yang ingin diceburi supaya pembelajaran di universiti kelak menjadi satu momen yang menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis," tuturnya mengakhiri perbualan.PROFILNama penuh: Nor Azita BuyongTarikh lahir: 1 Januari 1967Tempat lahir: Kuala Pilah, Negeri SembilanKedudukan dalam keluarga: Anak ketujuh daripada sembilan orang adik beradikJawatan di sekolah: Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)Nama sekolah : SMK Kajang Utama, KajangPencapaian:Setiausaha Kehormat Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) (2015 hingga 2023IKON Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang 2021IKON Inspirasi GBK Peringkat Selangor 2021IKON Bimbingan dan Kaunseling Negeri Selangor 2018Naib Johan Pengurusan Terbaik Selangor 2018Guru Bimbingan dan Kaunseling Berinisiatif Tinggi Peringkat Selangor 2017Khidmat Bakti Cemerlang Peringkat Selangor 2016Johan Amalan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2014Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2014Anugerah Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang Peringkat Selangor 2009Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2007Artikel berkaitanKecemerlangan guru SAMT Sultan Hisamuddin berjaya bangunkan potensi pelajarPrinsip 5P terbukti dalam kemenjadian murid di SJKC Chung Hua 5Galakan dan sokongan berterusan kepada pelajar, faktor kejayaan kokurikulum SMK Tengku Idris Shah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok