SMAT sultan Hisamuddin
SMAT sultan Hisamuddin

Kecemerlangan guru SAMT Sultan Hisamuddin berjaya bangunkan potensi pelajar

Adlan Farhan Azwan
18 Jul 2022 05:39pm
A
A
A

Kecemerlangan guru-guru di Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor merupakan antara penyumbang kepada pembangunan potensi serta kemampuan pelajar.

Ini dapat dibuktikan menerusi kejayaan Arasy Aqasyah Faizal, 17 yang memenangi pelbagai anugerah termasuklah Pertandingan al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2020.

Antara pertandingan lain yang telah dimenangi olehnya adalah:

1. Tempat Ketiga (Gred Platinum) pada Qiraatus Sab’ie Bit Tarannum kategori Menengah Atas peringkat Kebangsaan 2021

2. Johan Qiraatus Sab’ie Bit Tarannnum (Menengah Rendah) Daerah 2020

3. Johan E-Qiraatus Sab’ie Bit Tarannum bagi kategori Menengah Atas (Lelaki) di peringkat Negeri Selangor 2021.

4. Johan E-Qiraatus Sab’ie Bit Tarannum bagi kategori Menengah Atas (Lelaki) di peringkat Daerah Klang 2021.

5. Naib Johan E-Tarannum bagi kategori Sekolah Menengah (Lelaki) Daerah Klang 2021.

Sementara itu, guru di SAMT Sultan Hisamuddin juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya merangkul kejayaan tersendiri terutamanya Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Siti Noor Asyikin Ansor.

Berikut merupakan antara kejayaan beliau:

1. Virtual Innovation Competition (VIC) 2021 (GOLD, SILVER, BRONZE MEDAL).

2. International Perlis Engineering Research & Learning Innovation Symposium (iPERLIS) 2021

(GOLD MEDAL).

3. Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) peringkat Negeri Selangor 2020

4. Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor Tahun 2021 (6 Anugerah).

5. Anugerah Kepimpinan Penolong Kanan Pentadbiran Cemerlang Daerah Klang.

Hasilnya, kejayan para guru dan pelajar SAMT Sultan Hisamuddin sememangnya mampu memberi persaingan sengit dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) yang akan tutup penyertaan pada 16 Ogos ini.

Artikel berkaitan

Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid

5 kunci kejayaan buat guru di Malaysia capai impian

Terima Guru Anugerah Ikon Pendidikan Digital, Cikgu Fazli mahu terus bantu pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan