Cuaca panas di Malaysia: Ini langkah sesuai bantu guru dan pelajar lancarkan urusan seharian

Iklan
Cuaca panas di Malaysia: Ini langkah sesuai bantu guru dan pelajar lancarkan urusan seharian
Sejak kebelakangan ini, cuaca di Malaysia sangat panas dan kering hingga menjejaskan kesihatan semua orang.Guru dan murid tidak terkecuali berhadapan dengan situasi panas yang melampau hingga mengganggu sesi pembelajaran di sekolah masing-masing.Untuk menangani daripada masalah berlarutan, setiap orang perlu tahu akan langkah-langkah yang boleh membantu menangani cuaca panas tersebut.Jadi di sini, Sinar Bestari kongsikan beberapa cara mudah dalam memastikan tubuh anda sentiasa dalam keadaan baik dan seterusnya dapat menjalani kehidupan dengan lancar walaupun dalam cuaca yang panas.1) Kerap minum airAmalkan minum air putih seberapa kerap yang boleh. Tidak perlu tunggu hingga tekak kering. Elakkan minuman bergula termasuk teh dan kopi.1.1) IsotonikMinum minuman isotonik untuk gantikan garam yang hilang air akibat berpeluh.1.2) Bawa air botolSentiasa bawa botol air di dalam beg apabila keluar rumah.2) Dinginkan tubuh2.1) Snek buahSelain minum air putih, jadikan salad dan buah-buahan segar sebagai snek seharian.2.2) PakaianPakai pakaian yang selesa, ringan dan longgar seperti fabrik kapas selain memilih warna yang terang demi memantul cahaya.2.3) Hadkan aktivitiHadkan aktiviti di luar, lebihkan masa di dalam rumah atau pejabat. Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak atau berada di bawah matahari yang terik pada waktu puncak antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Pakai topi atau payung untuk melindungi tubuh dan kulit daripada pancaran haba.2.4) Pakai krimSebelum keluar rumah, sapukan krim pelindung matahari di muka dan tangan. Ia dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.2.5) RendamSering lap tangan dengan tuala sejuk atau rendam kaki di dalam air sejuk.2.6) Air sejukMandi dengan menggunakan air sejuk dan elakkan guna alat pemanas air.Baca juga Cakna murid berisiko cicir demi kelestarian masyarakat dan negaraAnak yatim piatu kongsi PhD, beri semangat bagi yang senasib3) Dinginkan rumah anda3.1) Guna langsirTurunkan bidai dan langsir serta buka tingkap pada sebelah malam agar udara sejuk dapat masuk. Menurut kajian, dengan menurunkan bidai dan langsir, sebanyak tujuh peratus haba dapat dikurangkan dan rumah boleh jadi sejuk sedikit.3.2) Ais dan kipasLetakkan ketulan ais di depan kipas angin kerana ia dapat membantu membuat udara lebih sejuk. Cara ini sesuai bagi yang tidak mempunyai alat hawa dingin atau mereka yang ingin menjimatkan bil elektrik.3.3) Air dalam besenPernah tak anda dengar petua ini? Kata orang-orang dulu, bila letakkan besen yang diisi air di dalam bilik, bahang di rumah akan berkurangan. Kehadiran air dalam besen ini dikatakan dapat serap haba panas. Cubalah! Tapi, pastikan untuk gunakan besen yang mempunyai permukaan yang luas. Jangan pula letakkan air dalam mangkuk atau periuk yang kecil.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

4) Kurangkan peluh semasa tidur4.1) Cadar kapasApabila cuaca panas, tubuh pasti akan berpeluh bila anda tidur. Cadar pula akan mudah berbau. Apabila anda ingin menukar cadar dan sarung bantal, pilihlah fabrik jenis kapas kerana ia lebih lembut dan dapat serap haba, lalu dapat mengurangkan peluh.5) Tukar bal lampu5.1) Jenis lampuPernah tak anda terasa bahang gara-gara lampu di rumah? Benar, lampu mampu menghasilkan haba. Oleh itu, sebelum membeli lampu, pastikan anda tahu perbezaannya dan dapatkan jenis seperti lampu fluorescent atau LED yang dapat mengurangkan haba dan kuasa elektrik. Sekali gus ia membantu mengurangkan bahang dan wang.