Pelajar teruja mengundi kali pertama di pilihan raya kampus, jalan tanggungjawab pilih pemimpin

Iklan
poli4

JITRA – Keputusan kerajaan membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kembali ke kampus pada awal bulan ini dilihat membuka peluang untuk penganjuran pelbagai aktiviti yang tertangguh kerana pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah juga tidak ketinggalan meneruskan aktiviti kampus termasuklah mengadakan Pilihanraya Kampus Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah diadakan secara serentak pada 24 Mac lalu di seluruh negara.

Iklan

Kebanyakan pelajar ternyata teruja apabila berpeluang mengundi buat pertama kalinya dalam pilihan raya kampus bagi memilih pemimpin pelajar yang bersesuaian untuk membawa suara mereka dan memperjuang kebajikan warga kampus.

Iklan

Pelajar tahun satu jurusan Diploma Pemasaran, Sharifah Sakina Syed Abdullah, berkata, dia seronok apabila dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di kampus serta belajar serba sedikit mengenai proses pilihan raya.

"Sebelum ini saya hanya mendengar sahaja mengenai proses pengundian termasuklan pilihan raya negeri Johor baru-baru ini. Hari ini, barulah saya memahami bagaimana sistem pengundian dijalankan walaupun hanya membabitkan pilihan raya kampus.

"Saya buat keputusan untuk turun mengundi kerana teruja untuk memilih pemimpin pelajar pilihan sendiri dan inginkan sesuatu perubahan dilakukan oleh mereka yang dipilih itu," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pilihan raya kampus POLIMAS telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya membabitkan 33 orang calon bertanding bagi menjadi wakil dalam Majlis Perwakilan Pelajar POLIMAS 2022.

Sementara itu, pelajar Diploma Pemasaran, Nor Qistina Akilah Azli pula berpendapat pilihan raya kampus yang diadakan ini sangat menarik dan dia mendapat pengalaman baharu apabila berpeluang mengundi buat kali pertama.

"Pilihan raya ini melatih pelajar untuk bijak membuat keputusan dalam memilih pemimpin dan mungkin ia juga sebagai permulaan untuk generasi muda melatih diri untuk mengundi dalam pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengurus PIlihanraya Kampus POLIMAS, Abd Rahman Mahamad, berkata 33 orang calon bertanding untuk mengisi tujuh kerusi Umum, Sektor (17) dan Jabatan (5).

[caption id="attachment_37380" width="600"] Calon-calon yang berjaya memenangi pilihan raya kampus POLIMAS.[/caption]

"Seramai 4,968 orang pengundi layak telah mengundi dalam pilihan raya kali ini mengunakan Sistem E-Pilihanraya Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) bagi memudahkan proses pengundian dijalankan," kongsinya.

Pengarah POLIMAS, Kamaludin Daud turut mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang memenangi pilihan raya kampus pada tahun ini.

"Harapan saya agar semua calon yang berjaya mempunyai iltizam tinggi untuk membantu memacu kecemerlangan politeknik sekali gus berjaya menerajui kepimpinan pelajar POLIMAS," tuturnya.