Sesi LIVE biasiswa Bahagian Tajaan KPM bermula hari ini
Iklan
Hari ini merupakan hari pertama sesi interaksi pemohon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2022 bersama Bahagian Tajaan Kementerian Pendidikan (KPM).Program tersebut dijalankan secara video penstriman langsung (Live) melalui aplikasi Google Meet selama tiga hari berturut-turut sehingga 31 Mac 2022.Baca jugaTawaran biasiswa PIDM dibuka, pelajar sarjana muda boleh mohon sekarangTawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2022 dibuka minggu ini, ISM dengan pendidikan juga boleh mohonPada 12 April depan, sambungan perbincangan ini akan diadakan sekali lagi hingga 15 April 2022.Kedua-dua sesi interaksi ini dijalankan pada sebelah pagi dan petang iaitu masing-masing pukul 10 pagi dan 3 petang.Setiap sesi terhad kepada 100 peserta terawal dan mereka dikehendaki bersedia 15 minit lebih awal sebelum program dimulakan.Pemohon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP 2022 yang ingin menyertai perbincangan tersebut perlu memuat turun aplikasi Google Meet kemudian tekan pautan https://meet.google.com/aog-vdma-dvi bagi membenarkan akses.