Anak ditimpa sakit ketika berpuasa di sekolah undang kegusaran ibu

Iklan
pexels-cottonbro-5858829
Satu hantaran di laman Facebook tular apabila seorang kanak-kanak terpaksa dibawa ke klinik akibat beberapa masalah kesihatan seperti muntah berpanjangan, lemah badan dan demam panas.Menurut perkongsian yang dibuat oleh Ema Azzarima, anaknya sudah dibekalkan dengan makanan dan minuman untuk dibawa ke sekolah kerana masalah sakit perut yang dialami olehnya yang menyebabkan dia terpaksa ke hospital dan klinik untuk menjalani rawatan.Bagaimanapun, situasi menjadi luar kawalan apabila anaknya yang masih bersekolah itu memberitahu kepada ibunya bahawa dia tidak lagi boleh makan atau minum di sekolah kerana dikatakan telah diambil oleh gurunya.Baca jugaIbu bapa boleh ikuti 5 cara mudah, pastikan anak-anak kekal hidrat ketika cuaca panasCuaca panas di Malaysia: Ini langkah sesuai bantu guru dan pelajar lancarkan urusan seharianEma berkata, gara-gara tidak makan, anaknya muntah berpanjangan semalaman sehinggakan lemah badan dan demam panas yang mengejut.Anaknya itu terpaksa dimasukkan air ke dalam badan keranan asid sudah terlalu tinggi. Segala makanan yang ditelan sudah dikeluarkan balik termasuk air yang diminum.Ema berharap agar ada sifat timbang rasa dari cikgu-cikgu di sekolah. Dia juga menjelaskan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap kekuatan yang berlainan dan tidak semua daripada mereka mampu berpuasa. Lebih-lebih kalau anak itu sudah mempunyai masalah dalaman perut.Dalam pada itu, turut mengulas tentang isu ini adalah doktor perubatan, Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi hantaran di laman Facebook.Beliau berpendapat, apabila mengajar kanak-kanak melakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak dan memujuk. Tidak perlu ia dilakukan dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka."Kita semua mahukan anak-anak yang membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah, kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan."Kita ada sekitar 30 hari, Insya-Allah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan kita sama-sama," jelasnya.Semoga situasi ini dapat diselesai dengan persefahaman antara ibu bapa dan juga guru atau pendidik agar ia tidak terjadi kepada anak-anak kecil lain yang masih mempelajari erti sebenar puasa pada bulan Ramadan.