Bantuan persediaan pelajar IPT Pasir Gudang dibuka, mohon sumbangan one-off RM300 sekarang
Iklan
Tawaran Bantuan Pendaftaran institusi pengajian tinggi (IPT) Yayasan Pasir Gudang (YPG) bagi kemasukan Fasa 2 2022 kini telah dibuka.YPG bertujuan memberikan sumbangan ini untuk meringankan kos mahasiswa dalam membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di IPT awam atau swasta.Baca jugaTawaran biasiswa PIDM dibuka, pelajar sarjana muda boleh mohon sekarangTawaran biasiswa pendidikan Terengganu dibuka, sambung ACCA dan ijazah lanjutan dalam dan luar negaraPermohonan terbuka kepada pelajar-pelajar Pasir Gudang yang berjaya menyambung pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.Pemohon mestilah warganegara Malaysia, beralamat di kawasan Pasir Gudang dan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.Permohonan perlu mendapatkan pengesahan daripada IPT dan dibuat pada tahun pertama pengajian sahaja.YPG memperuntukkan bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi setiap seorang pelajar.Calon boleh mendapatkan bantuan pendaftaran IPT tersebut secara dalam talian atau manual sebelum Jun 2022.