Adab menuntut ilmu pelajar wajib tahu, dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir

Iklan
berguru Adab menuntut ilmu pelajar wajib tahu, dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir
Menuntut ilmu merupakan tuntutan terpuji yang wajib  diamalkan oleh semua pelajar Islam untuk kehidupan sehari-hari.Bagaimanapun, ia perlu disertakan dengan adab agar tidak wujud golongan berpelajaran dengan tingkah laku yang buruk.Baca jugaTip pemakanan sihat semasa bulan RamadanPengisian menarik sempena Ramadan, guru dan murid teruja sertai pelbagai aktiviti di sekolahJusteru, pelajar-pelajar perlu mempelajari adab menerusi panduan dalam surah al-Kahfi yang memaparkan kisah Nabi Musa menuntut ilmu dengan guru baginda, Nabi Khidir.1- Adab sabar dalam menuntut ilmuBerdasarkan surah al-Kahfi ayat 60, dapat digambarkan bahawa Nabi Musa adalah seorang yang sabar dalam menempuhi kesulitan.Perkara ini jelas di dalam ayat tersebut di mana baginda memakan masa bertahun-tahun bermusafir demi mencari gurunya, Nabi Khidir.Hikmah menerusi ayat tersebut adalah pelajar perlu berlapang dada  ketika berdepan cabaran dalam mencari ilmu pengetahuan tanpa mengenal erti putus asa.2- Adab menjaga hak badan Dapat dilihat menerusi surah al-Kahfi ayat 62, Nabi Musa membawa bekalan makanan kerana baginda sudah menjangkakan perjalanan menuntut ilmu itu mengambil waktu panjang.Apabila berasa letih dengan perjalanan yang sangat panjang untuk bertemu dengan Nabi Khidir, baginda berehat sebentar menjamah makanan bagi mendapatkan tenaga.Iktibar berdasarkan ayat itu adalah pelajar mesti menjaga hak badan dengan menjamah makanan ketika waktu rehat di sekolah.3- Adab rendah hati Merujuk surah al-Kahfi ayat 66, Nabi Musa berbicara sopan jelas memaparkan sikap rendah hati terhadap gurunya, Nabi Khidir.Walaupun kedudukan baginda tinggi, Nabi Musa tetap rela hati mencari pendidiknya itu kerana ingin mempelajari sesuatu yang tidak diketahui. Teladan adab ini adalah pelajar tidak boleh sombong dengan guru-guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan, walaupun berlatarbelakangkan keluarga yang dikenali khalayak ramai.4- Adab mematuhi peraturan Ayat 69 dalam surah al-Kahfi menjelaskan kepatuhan Nabi Musa terhadap peraturan ketat yang dikenakan oleh Nabi Khidir ketika dalam perjalanan mencari ilmu pengetahuan.Nabi Musa meyakinkan Nabi Khidir bahawa baginda tidak akan menentang gurunya itu dalam apa jua hal sekalipun.Pengajaran adab ini adalah pelajar perlu mengikut peraturan yang ditetapkan guru-guru tanpa banyak soal.5- Adab menghormati pemberi ilmuMerujuk surah al-Kahfi ayat 73 menerangkan keperibadian unggul Nabi Musa dalam menghormati Nabi Khidir.Nabi Musa meminta Nabi Khidir agar tidak menghukumnya yang terlupa peraturan menuntut ilmu yang dikenakan.Hikmahnya adalah pelajar hendaklah menghormati guru yang membetulkan kesalahan kerana ingin mendidik dengan betul di sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Semoga perkongsian ini akan menambahkan lagi keikhlasan para pelajar ketika menimba ilmu pengetahuan di sekolah.Sumber: Umma