Peralatan dan perisian pereka permainan dalam talian

Iklan
pexels-tranmautritam-326501
Setiap kali melihat atau mencuba permainan dalam talian, pastinya akan wujud rasa kagum dengan kebolehan individu yang membangunkan produk berkenaan.Namun begitu, ia tidak akan menjadi realiti tanpa bantuan daripada peralatan penting seperti komputer dan telefon pintar serta beberapa perisian yang digunakan dalam penghasilan sesuatu permainan dalam talian.Sehubungan itu, minggu ini Sinar Bestari kongsikan beberapa jenis peralatan dan perisian yang digunakan oleh pereka atau pembangun permainan dalam talian bagi menghasilkan sesuatu produk permainan.PeralatanKomputer (desktop computer)Set komputer adalah peralatan paling penting kerana di sinilah platform bagi semua jenis permainan digital dalam talian atau luar talian dibina.[caption id="attachment_37874" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]Telefon pintarUntuk playtest jika permainan itu dibuat untuk pelantar telefon pintar.Wacom Tablet (drawing tablet)Tablet yang digunakan untuk pereka melukis secara digital dengan lebih mudah dan efisien.PerisianUnreal EngineUnreal merupakan antara enjin permainan yang popular digunakan oleh pereka atau pembangun permainan dalam talian untuk membina permainan di platform konsol, komputer ataupun telefon mudah alih secara dalam atau luar talian. Fungsi teras yang biasanya disediakan oleh enjin permainan mungkin termasuk enjin pemaparan (renderer) untuk grafik 2D atau 3D, enjin fizik atau pengesanan pelanggaran (collision detection), audio, pengaturcaraan, animasi, kecerdasan buatan, rangkaian, penstriman, pengurusan memori dan sokongan video untuk sinematik.UnityUnity juga merupakan enjin permainan popular yang mempunyai peranan sama seperti Unreal Engine. Perbezaan antara kedua-dua enjin permainan ini adalah terpulang kepada objektif pereka/pembangun tersebut. Jika ingin mencapai kualiti permainan ke arah permainan AAA, maka kebanyakan developer memilih Unreal Engine. Jika developer lebih cenderung ke arah menghasilkan permainan telefon mudah alih (mobile), maka kebanyakannya akan memilih Unity. Secara amnya, kualiti permainan tidak ditentukan oleh enjin permainan tetapi bergantung kepada pasukan pembangun tersebut.Adobe PhotoshopPhotoshop digunakan untuk melukis atau menyediakan rangka visual bagi memudahkan ahli yang lain untuk memahami aliran dan struktur permainan tersebut.[caption id="attachment_37873" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]Google Docs/Microsoft OfficeGoogle Docs kebiasaannya digunakan oleh pereka atau pembangun permainan dalam talian untuk merangka struktur dan sistem terlebih dulu sebelum permainan dibina. Proses ini dinamakan Game Design Document (GDD).Google Sheets/Microsoft ExcelAlat ini digunakan bagi merangka dan juga mengisi jadual data, statistik, formula dan sebagainya bagi tujuan memudahkan pengaturcara untuk membuat pengaturcaraan (coding).Draw.ioAlat ini digunakan bagi merangka keseluruhan flowchart sistem sesebuah permainan.Peralatan terbaharu yang ada di pasaranIpad Pro / Smart TabletMudah untuk merangka idea dengan menggunakan aplikasi lukisan seperti Concepts dan Procreate. Boleh juga digunakan untuk playtest.