“Inilah ilmu yang tidak tertulis dalam buku teks”, guru terharu dengan layanan diterima murid istimewa daripada rakan sekelas
Iklan
Menjadi golongan istimewa bukanlah sesuatu yang boleh dipilih bahkan ia merupakan satu anugerah.Kita sedia maklum bahawa sudah menjadi kewajipan untuk berbuat baik kepada semua manusia lebih-lebih lagi terhadap golongan istimewa ini.Banyak kisah-kisah di media sosial pada hari ini yang boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat di luar sana untuk terus berusaha menjadi insan yang mulia.Satu hantaran yang dibuat oleh Mohd Fadli Salleh menerusi laman Facebook miliknya mendapat perhatian pengguna laman itu apabila beliau berkongsi kisah yang dilalui melibatkan anak muridnya yang bersifat istimewa.Baca jugaGuru kongsi pengalaman mengajar murid autisme, galakkan mereka ditempatkan di PPKIGuru kongsi aktiviti ‘Buku Gergasi’, tarik minat murid mendalami maksud sajakIkuti perkongsian beliau di bawah.*Aku namakan anak comel ini Seri, bukan nama sebenar. Seri ini murid Tahun Satu.Hari pertama persekolahan, Seri sangat pendiam. Orang lain sudah bergerak masuk kelas, Seri masih duduk di situ. Sendirian.Dia seolahnya-olahnya langsung tidak faham arahan, tetapi dia tidak menangis. Cuma menunduk tidak memandang wajah dan mata guru.Puas cikgu-cikgu memujuk. Termasuk Penolong Kanan (PK) Petang sekali. Kena pimpin baru dia hendak bangun dan berjalan masuk kelas.Setiap hari memang akan ada guru yang pimpin masuk kelas. Kalau tidak, dia akan duduk tanpa bergerak di dewan.Masa dia berjalan, kami guru-guru perasan, sebelah kakinya tempang. Selepas dirisik, rupanya Seri anak istimewa. Pendengaran dia juga ada masalah, pertuturan juga.Dalam kelas, Seri hanya menyendiri. Tidak bergaul sesiapa dan tiada siapa ingin mendekatinya.Suatu hari aku masuk kelas Seri dan aku kena betulkan keadaan ini. Maka aku bercakap pada semua murid dalam kelas Seri,"Dalam kelas kita, ada seorang murid istimewa. Murid istimewa ni biasanya tempat mereka di syurga akhirat kelak.Kena layan dan berkawan dengan murid istimewa ni. Kena bantu dia, kena tolong dia. Jangan pulaukan, jangan pula mempersendakan dan memalukan dia.Awak tahu kan siapa?"Semua murid menunjuk pada Seri. Tanpa aku suruh, dua tiga kawan berdekatan dia bangun dan terus menuju kat Seri."Awak. Nanti kita rehat sama-sama ya"."Awak hendak pergi tandas cakap dekat saya ya, saya teman"."Awak hendak pensel? Kita ada pensel lebih".Serius masa itu bergenang kolam air mata aku. Betapa murni dan sucinya jiwa anak-anak ini. Kita cuma perlu beri sedikit percikan api untuk menghidupkan kasih sayang dan keprihatinan dalam jiwa mereka.Selepas hari itu, setiap hari akan ada kawan-kawan dia pimpin Seri masuk kelas. Teman Seri ke tandas, rehat bersama, buat kerja sama-sama.Inilah dia ilmu yang tidak tertulis dalam buku teks. Ia dipelajari melalui universiti kehidupan.