PUTRAJAYA - Sebanyak 4,150 peranti digital yang lengkap dengan pelan data di bawah inisiatif 'AEON Sayap Bagimu', Yayasan AEON Malaysia (MAF) telah selesai diagihkan kepada murid terpilih di seluruh negara.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, secara keseluruhannya, sumbangan peranti ini diberikan kepada murid terpilih di seluruh negara yang sudah dikenal pasti.
"Penyelarasan bantuan dilaksana melalui Yayasan Didik Negara (YDN), selaku badan yang menyelaras sumbangan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan dibantu oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),” katanya dalam satu hantaran menerusi laman rasmi Facebook milik beliau.
Baca juga
Permohonan PerantiSiswa untuk pelajar yang layak akan bermula pada pertengahan bulan April
Peranti Pakej PerantiSiswa perlu diserahkan semula selepas tamat pengajian
Dalam pada itu, seramai 182 murid daripada enam buah sekolah di Putrajaya menjadi kumpulan terakhir menerima sumbangan peranti dalam majlis ringkas baru-baru ini.
Mohd Radzi berkata, pemberian ini pastinya dapat meringankan beban murid daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti digital, seiring dengan usaha KPM.
"Terima kasih MAF, Yayasan TM, Yayasan Peneraju dan Yayasan Sukarelawan Siswa yang turut bekerjasama menjayakan program ini,” ujarnya.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Beliau juga berharap agar semua penerima sumbangan di bawah inisiatif ini, dapat memanfaatkan bantuan berkenaan sebaiknya dan belajar bersungguh-sungguh.
Program ini yang merupakan kerjasama antara MAF dan YDN di bawah KPM telah bermula sejak tahun lalu bagi membantu kumpulan murid yang memerlukan bantuan agar dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih baik.