699268
699268

Permohonan PerantiSiswa untuk pelajar yang layak akan bermula pada pertengahan bulan April

Adlan Farhan Azwan
17 Mar 2022 03:45pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 yang berpendapatan bawah RM4,850 boleh mula memohon untuk mendapatkan peranti pembelajaran mulai pertengahan April.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, ini termasuk pelajar yang baru mendapat tempat di universiti dan boleh memohon pada bulan April.

“Pada bulan Jun, Pakej PerantiSiswa yang dijangka akan memberikan faedah kepada 400,000 pelajar seluruh negara akan mula dilaksanakan.

Baca juga

Permohonan kemasukan IPG, Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 bermula 15 Mac

Semakan penempatan 4,828 guru pengambilan khas pada 18 Mac, mula lapor diri 4 April

Beliau berkata demikian ketika menggulung Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), hari ini.

Annuar berkata, program ini akan dilaksanakan dengan kawal selia oleh satu unit khusus yang dibentuk di bawah kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta turut bekerjasama erat dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Sudah tentu akan ada perkara-perkara yang berbangkit terutamanya soal kelayakan. Jadi, apa yang dilakukan ialah dibuka permohonan kepada mereka yang layak berdasarkan satu pangkalan data yang telah terkumpul.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

“Sekiranya terdapat data yang tidak lengkap atau nama pelajar yang tercicir, maka satu proses rayuan akan dibenarkan,” jelasnya.

Beliau juga berharap ia mendapat kerjasama untuk membuat pengesahan dan sokongan oleh ahli-ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Negara, pegawai daerah ataupun pegawai universiti bagi memastikan tidak ada yang tercicir dalam mendapatkan kemudahan ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok