Cegah sebelum parah! Guru, ibu bapa dan murid mohon peka situasi HFMD yang semakin meningkat
Iklan
Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin meningkat setiap minggu.Memetik laporan media tempatan, sehingga 7 Mei lalu, jangkitan HFMD di Selangor sahaja berjumlah 6,748 dengan kes mingguan melebihi paras amaran.Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, daripada bilangan berkenaan, empat peratus daripadanya dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan luar.Dalam menangani kes HFMD daripada terus merebak, beberapa langkah pencegahan wajar dilakukan oleh masyarakat terutamanya guru, ibu bapa dan murid bagi membendung penyakit tersebut.Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan perincian maklumat berkaitan HFMD sebagai rujukan dan panduan buat anda semua.Baca juga (VIDEO) Demi murid, guru ini pertaruh nyawa sebelum tiba ke sekolah. Inilah wira negara yang sebenar3 pensyarah cipta produk ‘celik wang’, sasar kanak-kanak fahami ilmu pengurusan kewangan dengan mudahBerikut adalah maklumat yang didapati daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Portal myHealth.HFMD adalah penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.Punca HFMD disebabkan oleh Enterovirus iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71).Tanda dan Gejala1) Demam2) Sakit tekak3) Sakit kepala4) Hilang selera makan5) Ulser pada tekak, mulut dan lidah6) Ruam dengan vesikel pada tangan, kaki dan kawasan diaperSelepas demam selama 2 hingga 3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi.Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5 hingga ke 7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5 hingga10 hari.Siapa yang mudah dijangkiti?1) Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.Adakah penyakit ini berjangkit?1) Ya. Ia mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ia bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu dijangkiti.