5 tip daripada Pejabat Pendidikan Daerah galak sertai pertandingan selepas fasa pandemik

Iklan
Penggunaan gajet dan teknologi dalam sistem pendidikan negara semakin meluas sejak negara dilanda Covid-19 dua tahun lalu.

Sejak penularan Covid-19 seluruh dunia dua tahun lalu, landskap pendidikan negara telah berubah sebaik sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dihentikan di fasa pandemik.

Bermula saat inilah, pendidikan berasaskan digital telah diaktifkan dan begitupun penganjuran pertandingan yang melibatkan sekolah, guru dan pelajar tetap diteruskan dalam usaha menyemarakkan suasana pembelajaran ketika pandemik.Yang pasti, setiap aktiviti mahupun pertandingan yang dianjurkan mana-mana pihak mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Artikel BerkaitanMurid berbakat ceburi pelbagai pertandingan, raih anugerah peringkat sekolah hingga kebangsaanJalinan kerjasama guru dan pelajar, SMK Seri Permaisuri berjaya ungguli pertandingan cipta resipi makanan sihatMenurut Pegawai Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Yusri Abd Hamid, kebiasaannya program yang dianjurkan sememangnya mewajibkan sekolah menghantar penyertaan dalam kalangan cikgu ataupun murid yang berkelayakan mengikut kategori.Tambah beliau, berdasarkan pemerhatiannya sepanjang melaksanakan tugas selama enam tahun, kalau sekadar makluman, pastinya tiada penyertaan."Tidak dinafikan, setiap pertandingan yang dianjurkan pastinya ada prosedur untuk diuar-uarkan kepada sekolah-sekolah setiap negeri.[caption id="attachment_39521" width="600"] Penggunaan gajet dan teknologi dalam sistem pendidikan negara semakin meluas sejak negara dilanda Covid-19 dua tahun lalu.[/caption]"Walaupun begitu, kami pastinya tidak akan melepaskan pertandingan yang berpotensi dan akan mewajibkan sekolah-sekolah yang layak menghantar penyertaan. Selain guru, kami turut mewajibkan penyertaan murid-murid," katanya yang merupakan bekas guru mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup.Ujarnya lagi, para pendidik perlu mencari inisiatif untuk melibatkan murid dalam apa jua pertandingan di bawah PPD dan pada masa sama tidak mengabaikan pelajaran.Ulas Yusri lagi, setakat ini tiada sebarang masalah termasuklah soal kewangan kerana pihaknya tidak pernah membebankan sekolah."Guru perlu fikirkan cara untuk mencari calon dan mencungkil bakat anak-anak murid untuk diketengahkan kerana banyak bakat tependam."Kalau ikutkan murid, mereka bersedia untuk sertai apa jua pertandingan cuma mereka tidak pernah diberi peluang.[caption id="attachment_39520" width="600"] Walaupun Covid-19 'menyerang' negara dan sistem pendidikan secara bersemuka 'lumpuhtarget="_blank"'>Nama penuh: Yusri Abd HamidUmur: 43 tahunAsal Kelahiran: SelangorSekolah/Pendidikan:1. Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih (1986-1991)2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi (1992-1994)