Sertai misi kemanusiaan, majlis konvokesyen pelajar UiTM diraikan di Afghanistan

Iklan
pelajar uitm konvokesyen di uitm (2)

Majlis konvokesyen merupakan antara detik yang dinantikan oleh para graduan setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus menimba ilmu.

Iklan
Iklan

Kebiasaannya, graduan akan bersama-sama ibu bapa dan keluarga untuk merakamkan gambar kenangan pada hari yang bersejarah itu.

Iklan

Namun, agak berbeza bagi Jhazfazliel Idlan Shya J Hamsah, 24 apabila majlis konvokesyen yang sepatutnya diraikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor telah bertukar lokasi secara tidak rasmi di Kunar, Afghanistan.

Iklan

Menurutnya, dia sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen pada hari Selasa lalu tetapi masih berada di Kunar, Afghanistan bersama tiga lagi sukarelawan dari Malaysia.

"Walaupun perasaan saya bercampur baur, namun pengalaman dan memori yang mereka berikan sangat mahal nilainya untuk disimpan sebagai kenangan.

[caption id="attachment_40994" width="600"] Kredit foto: Fauzrina Bulka (MalaysiaAktif)[/caption]

"Kemungkinan saya juga adalah graduan Malaysia yang paling banyak menerima kalungan bunga pada hari konvokesyen," jelasnya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal itu diraikan dalam satu majlis ringkas oleh rakan kerjasama di Madrasah Ulum Al-Islami Sawkay, Kunar.

Idlan yang juga berasal dari Tawau, Sabah merupakan salah seorang daripada empat sukarelawan dari negara ini yang dihantar oleh Malaysian Relief Agency (MRA) ke Afghanistan sejak April lalu untuk misi kemanusiaan.

Sumber: Malaysiaaktif

Artikel berkaitan

(VIDEO) Naib Canselor ‘sporting’, lihat graduan bersilat ketika terima skrol

Empat beradik kongsi pentas konvokesyen, rakam kenangan manis bersama

Janushaa, graduan wanita Malaysia pertama tamatkan pengajian ketenteraan di AS


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok