unisel graduan silat
unisel graduan silat

(VIDEO) Naib Canselor ‘sporting’, lihat graduan bersilat ketika terima skrol

Adlan Farhan Azwan
15 Jun 2022 03:47pm
A
A
A

Setelah dua tahun penantian graduan untuk menghadiri majlis konvokesyen secara fizikal, akhirnya kebanyakan universiti sudah mula mengadakan majlis konvokesyen dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian.

Banyak detik-detik gembira yang dapat kita saksikan ketika majlis konvokesyen ini menerusi laman media sosial.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial apabila pengguna @swimiss.academy menerusi TikTok yang berkongsi sebuah video memaparkan seorang graduan Universiti Selangor (UNISEL) bersilat ketika berada di atas pentas untuk menerima skrol pada majlis konvokesyen universiti tersebut.

[embed]https://www.tiktok.com/@swimiss.academy/video/7108315896057302299?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7062922595423651330[/embed]

Difahamkan, graduan tersebut yang bernama Haiqal merupakan pelajar Komunikasi dan Media di universiti berkenaan.

Dalam video tersebut, Haiqal yang dikatakan merupakan penerima skrol terakhir membuka langkah silatnya dengan disaksikan oleh Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman yang turut berada di atas pentas yang sama.

Lebih menghiburkan apabila Mohammad Redzuan melayan gelagat graduan itu dan dilihat terhibur dengan aksi yang dipamerkan.

Setakat ini, video yang tular itu sudah meraih 1.6 juta jumlah tontonan dengan lebih 100,000 tanda suka.

Rata-rata pengguna laman TikTok memuji tindakan Haiqal kerana berani melakukan aksi sebegitu di depan khalayak ramai.

@nafiehans: Inilah budaya dan adat kita orang melayu. Sopan,hormat,ada pembuka dan penutup kata.

@cikpuannina: Haiqal student komunikasi kami. Kami yang pensyarah juga terkejut, tergelak dan mengalirkan air mata melihat dia. Hebat Haiqal! Tahniah!

@frenknitty: Terbaiklah anak muda kerana berjaya dalam pelajaran begitu juga ilmu persilatan melayu masih bertapak di hati.

Artikel berkaitan

Terperangkap dalam kesesakan, graduan USM tumpang motosikal untuk hadir ke majlis konvokesyen

UUM bersedia meraikan 4,053 bakal graduan

(VIDEO) Mahasiswa B40 berbisnes di IPT raih pendapatan T20


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan