Rahman Shaari idola guru, pelajar dalam dunia kesusasteraan Melayu

Iklan
Rahman Shaari idola guru, pelajar dalam dunia kesusasteraan Melayu
Guru dan pelajar serta pengkarya sastera sering menjadikan Datuk Rahman Shaari, 73, sebagai rujukan dan pencetus idea dalam penghasilan pelbagai buku dan rencana sastera.Kredibiliti dan kepakaran yang ada pada tokoh tersebut sememangnya tidak perlu disangkal lagi apatah lagi anak kelahiran Perlis ini sentiasa mendapat pelbagai anugerah sepanjang berkarya.Terbaharu, Rahman baru sahaja diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-15 oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin di Kementerian Pendidikan, baru-baru ini.Pemilihan Rahman dibuat berdasarkan sumbangan beliau melalui karya dan pemikiran, pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera, impak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta penghargaan dan pengiktirafan yang telah diterima.Sementara itu, Mohd Radzi berkata, seramai sembilan panel pemilihan telah mengadakan mesyuarat penilaian untuk meneliti sumbangan serta kekuatan calon."Terdapat 12 calon kesemuanya dihantar oleh persatuan, institusi dan individu berwibawa, jadi daripada 12 calon ia disenarai pendek kepada tiga calon dan akhirnya Rahman dipilih."Pemilihan ini adalah kepakaran ahli panel berdasarkan mesyuarat yang dibuat sejak September tahun lalu," katanya.Susulan penganugerahan itu, Rahman yang juga Presiden Persatuan Penyair Malaysia menerima penghargaan daripada kerajaan berupa Warkah Penghormatan Negara; wang tunai RM60,000; penerbitan 50,000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah maksimum RM500,000 untuk dibeli kerajaan dan disebar luas ke sekolah, perpustakaan, jabatan serta agensi kerajaan.Selain itu, beliau juga mendapat kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di hospital kerajaan; kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera; kemudahan untuk penerbitan karya; penterjemahan karya sesuai ke dalam bahasa asing dan elaun sara hidup RM5,000 sebulan.Aktif di bangku sekolahSebagai tokoh sastera yang aktif dalam bidang puisi, Rahman berkata, minatnya terhadap genre tersebut bermula ketika berada di bangku sekolah lagi."Ketika di sekolah rendah, saya memang minat dengan genre sastera dan kesenian tetapi hanya berkesempatan berlakon di sekolah dan drama anjuran belia kampung."Kemudian, ketika berada di sekolah menengah pula, saya beranikan diri untuk hasilkan pantun dan sedikit cerita."Alhamdullilah, kisah ‘Sesat Di Dalam Hutan’ berjaya dihasilkan dan mendapat sambutan ramai," katanya seperti dipetik menerusi sebuah portal tempatan.Sambungnya lagi, semasa mengikuti pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) atau kini dikenali sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), bakat untuk terus berkarya semakin berkembang.Karya sajaknya yang pertama dihasilkan ketika di MPSI mendapat ulasan daripada sasterawan Dharma Wijaya dan Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) ketika itu.Walaupun itu karya pembuka Rahman yang pertama, namun beliau cukup berbangga kerana mendapat ulasan sasterawan terkenal.Dalam pada itu, ketika Rahman bergelar guru, beliau semakin aktif menulis sajak sehinggalah masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1973 sebagai tutor."Di UKM saya mendapat pendedahan daripada Tokoh Sastera, Profesor Dr Muhammad Salleh dan merancakkan lagi penghasilan sajak dan puisi kerana sudah mengetahui kaedah untuk hasilkan karya itu," ujarnya yang menjadi antara idola utama guru dan pelajar dalam bidang sastera.Sinar Bestari mengucapkan tahniah kepada tokoh hebat ini di atas penerimaan Anugerah Sastera Negara Ke-15.Semoga beliau akan terus maju jaya dan gigih menghasilkan karya sastera berkualiti untuk panduan dan rujukan warga guru dan anak-anak muda di negara ini.INFO