Graduan UTHM berjaya siapkan tesis di pusat hemodialisis demi menjaga suami sakit

Iklan
graduan-uthm-suami

Dalam perjalanan menimba ilmu, setiap individu pasti akan menghadapi ujian dan cabaran yang tersendiri.

Iklan
Iklan

Namun, apabila kita dapat mengatasi cabaran dan ujian yang mendatang, itulah proses pembelajaran sebenar yang sangat berharga.

Iklan

Bagi Nurhafiza Hamzah, 37, yang berdepan situasi mencabar apabila perlu menjaga suami di hospital, bertemankan komputer riba, dia tetap bertekad menyiapkan tesis bagi menghabiskan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

Iklan

Sepanjang tempoh itu, Nurhafiza memastikan penulisan tesisnya berjalan walaupun sedang menunggu prosedur dan proses hemodialisis suaminya.

Menurutnya, setelah mendapatkan kelulusan cuti belajar selama dua tahun, suaminya disahkan sebagai pesakit buah pinggang tahap kronik dan perlu menjalani prosedur kesihatan di hospital.

[caption id="attachment_41173" width="400"] Nurhafiza bersama suaminya yang menderita sakit kronik dan memerlukan rawatan hemodialisis.[/caption]

"Di situlah tanggungjawab besar saya bermula iaitu perlu menjaga suami sakit, menguruskan keluarga dan melaksanakan tugas sebagai pelajar.

"Saya terpaksa melakukan pecutan akhir bagi menyiapkan tesis sejurus suami dibenarkan pulang ke rumah setelah hampir setahun dirawat di hospital.

"Ini kerana, tidak lama selepas itu saya perlu melaporkan diri bertugas semula sebagai Pegawai Penerbitan Kanan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Nurhafiza merupakan graduan sulung dan tunggal Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum (PPUK) pada Majlis Konvokesyen ke 2021, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Anak kelahiran Seremban ini merupakan mantan pelajar Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan dan meneruskan pengajian sarjana muda di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Usuluddin (Jabatan al-Quran dan Hadith).

Kini, beliau sedang bertugas di Pejabat Penerbit UTHM, meneruskan hasratnya dengan menyambung pengajian di peringkat sarjana pada 2014 hingga 2016.

Pada 2017, Nurhafiza dan suaminya berpeluang untuk menamatkan pengajian bersama-sama di peringkat sarjana muda, diikuti dengan sarjana pada tahun yang sama dalam bidang dakwah dan berkongsi penyelia yang sama di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan, UTHM.

Pada tahun itu juga, Nurhafiza terus menyambung pengajiannya ke peringkat PhD kerana ingin memulakan lebih awal dan memberi laluan kepada suami menguruskan pusat pengajian pondok yang dibina bersama iaitu Pondok Pengajian Al Fateh yang terletak di Kampung Rahmat, Batu Pahat, Johor.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kejayaan yang dirangkulnya hari ini adalah berkat doa dan sokongan suami, ahli keluarga serta kenalan yang sentiasa berada di sekelilingnya.

"Ijazah ini diharap memberi inspirasi kepada tiga anak yang menjadi saksi kepada perjalanan pengajian pascasiswazah saya yang akhirnya sampai juga ke garisan penamat,” jelasnya.

Artikel berkaitan

Janushaa, graduan wanita Malaysia pertama tamatkan pengajian ketenteraan di AS

Tak dapat konvo seperti orang lain, Muhammad Rosli reda ujian ALLAH

Pensyarah juga ibu 7 anak, buta sebelah mata raih PhD


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok