Pelajar lepasan SPM 2021 boleh mohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi

Iklan
lembaga zakat selangor
Melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dan memilih jurusan yang bertepatan dengan minat amat penting bagi memastikan hala tuju dalam kehidupan di masa akan datang.Namun, kos-kos yang perlu ditanggung sepanjang tempoh pengajian merupakan antara sebab utama ramai pelajar memilih untuk terus bekerja berbanding menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Oleh itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah membuka permohonan untuk Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang ingin melanjutkan pengajian.Permohonan dibuka untuk pelajar asnaf, fakir miskin dan mualaf berdaftar dengan LZS yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah Panel Pusat Pengajian LZS.Terdapat tiga jenis Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi yang ditawarkan iaitu Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Yuran Pengajian), Bantuan Persediaan Masuk ke IPTA dan Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) seperti wang saku, penginapan serta elaun buku.Pelajar yang layak dan berminat boleh ikuti cara di bawah untuk membuat permohonan secara dalam talian.1. Layari laman sesawang https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/2. Daftar dan lengkapkan maklumat yang diperlukan3. Muat naik dokumen lampiran4. Hantar permohonan5. Semakan permohonan bermula dari tempoh enam hari bekerja6. Terima tawaran penajaan7. Jika berjaya, cetak surat BDPT dan anda boleh mendaftar di pusat pengajian sebagai pelajar tajaan LZS.Untuk sebarang pertanyaan, pelajar boleh hubungi pihak LZS di talian 1-300-88-4343.Pelajar dinasihatkan supaya membuat semakan secara terperinci terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan bagi mengelakkan ia dibatalkan.Artikel berkaitanPerhatian kepada pelajar lepasan SPM 2021, ini 8 biasiswa yang anda boleh pohonJangan lepaskan peluang! Permohonan program-program Penajaan JPA Tahun 2022 kini dibukaPermohonan kemasukan IPG, Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 Fasa Dua bermula 1 Jun

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok