kpm-ipg-matrikulasi
kpm-ipg-matrikulasi

Permohonan kemasukan IPG, Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 Fasa Dua bermula 1 Jun

Adlan Farhan Azwan
31 May 2022 03:31pm
A
A
A

Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 bagi Fasa Dua akan dibuka bermula 1 Jun 2022.

Program yang ditawarkan IPG ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020, dan 2021.

Selain itu, turut ditawarkan ialah Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam tetapi hanya lulusan SPM tahun 2021 sahaja yang layak memohon bagi menjalani program itu.

Tarikh tutup bagi permohonan PISMP adalah pada 10 Jun manakala bagi Kolej Matrikulasi pula, tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Jun 2022.

Dalam pada itu, kolej matrikulasi telah menawarkan sebanyak empat jurusan yang terdiri daripada sains, kejuruteraan, perakaunan dan perakaunan profesional.

Pelajar yang berminat memohon kemasukan ke IPG boleh melayari laman sesawang https://pismp.moe.gov.my atau menghubungi talian 03-8312 6666 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi penawaran program matrikulasi pula, pelajar boleh melayari laman sesawang rasmi kolej matrikulasi di https://matrikulasi.moe.gov.my atau hubungi talian 03-8884 4083.

Pelajar yang ingin memohon dinasihatkan supaya membuat penelitian dengan terperinci terlebih dahulu supaya segala maklumat yang diperlukan dapat dilengkapkan seterusnya memudahkan proses permohonan.

Artikel berkaitan

IPG kekal relevan bagi melahirkan guru berkualiti tinggi

Alumni kolej Matrikulasi berkongsi tip untuk dapat 4 flat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok