Pesanan untuk ibu bapa 'mohon kurangkan perkongsian maklumat anak di media sosial'

Iklan
Demi keselamatan, ibu bapa dinasihat kurangkan kongsi maklumat anak di media sosial
Hari ini, media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat.Ini kerana, media sosial adalah saluran atau perantara untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berkomunikasi, mendapatkan maklumat pembelajaran, sebagai alat bantuan dan lain-lain lagi.Media sosial telah digunakan bukan sekadar dalam golongan muda sebaliknya mereka yang berpangkat datuk dan nenek juga turut menjadikan platform laman sosial sebagai sebahagian aktiviti harian mereka.Kali ini, Sinar Bestari ingin berbicara mengenai keterujaan ibu bapa yang dilihat gemar memuat naik gambar anak masing-masing di platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan juga TikTok.Boleh dikatakan, mereka akan berkongsi aktiviti anak-anak hampir setiap hari untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.Mungkin bagi ibu bapa, apa yang dilakukan itu perkara biasa, tetapi anda diingatkan bahawa tindakan tersebut sedikit sebanyak mendedahkan anak-anak kepada risiko jenayah seperti kes culik dan pedofilia.Baru-baru ini, Public Health Malaysia melalui hantaran di Facebooknya ada berkongsi beberapa tip agar ibu bapa tidak mendedahkan pelbagai maklumat anak terutamanya yang berkaitan hal persekolahan di media sosial.Ia bertujuan untuk menggelakkan anak-anak atau murid-murid daripada bahaya yang tidak diduga.Antara tip yang dikongsi Public Health Malaysia adalah1) Tidak mendedahkan nama dan maklumat peribadi anak-anak2) Di mana anak-anak bersekolah3) Nama kelas dan nama maklumat di sekolah4) Gambar atau video anak-anak dihukum, didenda atau dimalukan5) Lokasi anak-anak tunggu kenderaan untuk pulang6) Gambar anak-anak dalam keadaan tidak berpakaian dengan sempurna7) Gambar anak-anak dengan duit, barang kemas dan barang berhargaTujuh tip ini mungkin nampak remeh tetapi siapa tahu, ia adalah maklumat penting untuk ‘orang luar’ jadikan anak anda sebagai mangsa.Sedikit pesanan buat ibu bapa di luar sana, mohon ‘privatekan’ akaun media sosial masing-masing bagi menjaga keselamatan anak-anak.Ibu bapa juga jangan terlalu teruja berkongsi maklumat di media sosial kerana mungkin ada mata yang sedang memerhati.Berpada-padalah dalam berkongsi.Semoga bermanfaat.Artikel berkaitan "SPM saya 1969…hanya 1A. Itu pun subjek Sejarah" – Dr ShukriMakin ramai pelajar tidak sihat, ibu bapa diminta pantau kesihatan anak-anakPelajar raih Mumtaz dalam STAM 2021, jadikan solat sunat duha sebagai amalan wajib

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok