Galakan dan sokongan berterusan kepada pelajar, faktor kejayaan kokurikulum SMK Tengku Idris Shah

Iklan
dev-anandraj-karate
Kegiatan kokurikulum merupakan nadi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Idris Shah, Kapar, Selangor.Pelbagai bakat dapat dicungkil, diasah dan dikembangkan sehingga berjaya kerana setiap pelajar mempunyai minat masing-masing sama ada dalam unit beruniform, sukan mahupun persatuan.Dalam aspek sukan, sekolah ini telah berjaya memperoleh tempat ketiga di Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Klang 2022 dan meraih pingat emas pada Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Ke-40 dan Kejohanan Karate Junior dan Kadet Kebangsaan Ke-30 Tahun 2022.Beralih ke unit beruniform pula, SMK Tengku Idris mencatat kejayaan yang memberangsangkan menerusi Mohammad Iqbal Mohammad Idris apabila berjaya dinobatkan sebagai Johan acara Membina Gajet di Karnival Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform: Cabaran Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Negeri Tahun 2021.Selain Kadet Remaja Sekolah, unit beruniform Puteri Islam turut mencipta nama apabila Insyirah Balqis Azhar menerima anugerah Johan E-Kuiz Al-Quran anjuran Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.Sementara itu, melihat dengan lebih dekat penyertaan ini, SMK Tengku Idris Shah telah juga menampilkan dua orang guru iaitu Cikgu Mohamad Faizal Mozlan dan Cikgu Rohaida Mohd Dhalan.Kedua-dua guru ini bukanlah calang-calang orangnya kerana masing-masing mempunyai pencapaian tersendiri yang membantu meningkatkan prestasi sekolah terutamanya kepada pelajar pelajar SMK Tengku Idris Shah.Berikut adalah pencapaian Cikgu Mohamad Faizal:1. Anugerah Ikon Guru Kokurikulum Negeri Selangor 20222. Anugerah Ikon Guru Kokurikulum Daerah Klang 20213. Anugerah Ikon Guru TVET Negeri Selangor 2020Berikut adalah pencapaian Cikgu Rohaida Mohd Dhalan:1. Johan Guru Pemimpin Cemerlang PPIM Selangor 20212. Anugerah Pengurusan PPIM Terbaik Daerah Klang 2021Artikel berkaitanDua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSBGuru dan murid SK Kampung Baharu, Jerantut, berganding bahu menyertai ASSSBKelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok