PSS Kampung Baharu
PSS Kampung Baharu

Guru dan murid SK Kampung Baharu, Jerantut, berganding bahu menyertai ASSSB

Adlan Farhan Azwan
09 Jun 2022 03:47pm
A
A
A

Terletak 25 kilometer (km) dari pekan Jerantut dan dengan hanya mempunyai 97 orang murid, ia sedikit pun tidak menghalang dan menjadi alasan utama bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu, Jerantut, Pahang, untuk tidak menyertai pertandingan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB).

Dengan penyertaan di bawah kategori Sekolah Luar Bandar, sekolah ini mempunyai murid-murid yang terdiri daripada murid perdana, pendidikan khas dan prasekolah.

Penyertaan SK Kampung Baharu dalam ASSSB bukanlah pertandingan kali pertama, kerana sekolah ini begitu aktif menyertai pelbagai pertandingan dalam usaha menimba pengalaman dan mengetengahkan bakat-bakat cikgu dan anak muridnya.

Yang pasti, setiap penyertaan yang disertai sekolah ini membuktikan mereka menyokong penuh setiap pertandingan yang dianjurkan pelbagai pihak.

Melihat dengan lebih dekat penyertaan ini, SK Kampung Baharu telah menampilkan beberapa kejayaan dalam aspek ‘S’ atau Skil seperti Anugerah Sekolah untuk Komuniti Tahun 2022 Peringkat Negeri Pahang dan inovasi E-Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Kampung Baharu.

Paparan muka sistem E-Pengurusan bagi Pusat Sumber Sekolah Kampung Baharu, Jerantut.

Selain itu, Guru Perpustakaan dan Media, SK Kampung Baharu, Cikgu Norafizah Abdul Razak pernah dinobatkan sebagai Ikon Guru Perpustakaan dan Media Kebangsaan dengan projek Penggubalan Modul Pembelajaran Berasaskan Kajian dan Penyelidikan.

Walaupun pandemik Covid-19 melanda negara penghujung 2019 dan dua tahun negara dalam situasi tidak menentu, SK Kampung Baharu tidak pernah sunyi apabila memperkenalkan penggunaan teknologi skrin hijau dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) murid-muridnya.

Apa yang diharapkan, penyertaan ini dapat menjadi pemangkin kepada sekolah-sekolah di luar sana tidak kira di bandar ataupun luar bandar untuk membuktikan kebolehan dan kejayaan sekolah masing-masing, seterusnya dinobatkan sebagai salah satu pemenang ASSSB.

Artikel berkaitan

Cikgu perlu tahu, 19 soalan lazim mengenai pertandingan Anugerah Sekolah SMART Sinar Bestari

RM50,000 untuk Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari

Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari, hargai inisiatif seluruh warga sekolah capai pelbagai kecemerlangan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan