Penglibatan aktif Cikgu Nyuk Fung dalam KRS, satu kebanggaan buat SMK Kubong

Iklan
smk-kubong
Penglibatan aktif Cikgu Voon Nyuk Fung dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) menjadi satu kebanggaan buat warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubong, Limbang, Sarawak.Beliau yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah itu sejak tahun 2020 telah berkhidmat sebagai pendidik selama 23 tahun.Atas kejayaan sumbangan dan pencapaian beliau dalam KRS, Cikgu Nyuk Fung dilantik sebagai jurulatih kanan sekretariat KRS Negeri Sarawak dan mendapat gelaran Mejar pada tahun 2021.[caption id="attachment_42409" width="400"] Cikgu Nyuk Fung (kanan) bersama anak muridnya.[/caption]Berikut adalah antara pencapaian Cikgu Nyuk Fung:1. Hakim Pertandingan Gajet KRS Peringkat Negeri 20222. Guru pembimbing Cabaran Campro KRS Tahun 20213. Guru Pembimbing Cabaran KRS Peringkat Kebangsaan 20214.Guru Pembimbing Cabaran KRS Peringkat Negeri 20215. Guru Pembimbing Cabaran KRS Peringkat Negeri (JOHAN)6. Hakim Kursus Pegawai Waran KRS Peringkat Negeri Sarawak 20217. Penerima Anugerah Emas Guru Cemerlang Kokurikulum Daerah Limbang 20208. Guru Penasihat Video Kreatif KRS sempena KRS Perak Tournament Challenge Peringkat Kebangsaan 2021.Sementara itu, turut menjadi kebanggaan SMK Kubong adalah guru Tingkatan Enam, Cikgu Azmi Marbawi yang terkenal dengan kepakarannya dalam bidang Informasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di daerah Limbang sejak tahun 1998.Beliau telah melaksanakan inovasi Sistem e-Hadir Sekolah dengan menggunakan sistem kad matrik bagi memudahkan proses catatan kehadiran guru dan pelajar seiring dengan perkembangan teknologi.Hasilnya, beliau diiktiraf Anugerah Guru ICT Daerah Limbang dalam kategori Anugerah Khas Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Limbang pada tahun 2018.Secara keseluruhannya, kedua-dua guru ini telah memberi impak positif kepada perkembangan pelajar SMK Kubong dan seterusnya mampu melahirkan insan berdaya saing.Artikel berkaitanPrinsip 5P terbukti dalam kemenjadian murid di SJKC Chung Hua 5Kecemerlangan guru SAMT Sultan Hisamuddin berjaya bangunkan potensi pelajarKelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok