Pelajar UiTM aktif jadi sukarelawan, turut serta bantu mangsa banjir di Kedah

Iklan
Pelajar UiTM aktif jadi sukarelawan, turut serta bantu mangsa banjir di Kedah
Lebih 40 mahasiswa dan tenaga pekerja dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor turun padang melaksanakan Misi Bantuan Banjir Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin - UiTM di daerah Baling, Kedah, baru-baru ini.Misi bantuan banjir berkenaan dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa 1 dan 2 dimana UiTM Shah Alam menghantar skuad Briged Sukarelawan dan juga kumpulan mahasiswa serta staf dari UiTM Cawangan Perlis, cawangan Kedah dan cawangan Pulau Pinang untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir.Selain melaksanakan misi banjir, pihak UiTM turut melancarkan Tabung Misi Bantuan Banjir bagi mengumpul sumbangan kelengkapan dan keperluan asas untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan.Barang-barang sumbangan yang berjaya dikumpul diberikan kepada mangsa-mangsa banjir ketika misi tersebut dijalankan.Baru-baru ini, hujan lebat kira-kira tiga jam menyebabkan dua buah kampung di Baling, Kedah dilanda banjir kilat.Kejadian tersebut menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.Ekoran tragedi yang berlaku itu, ramai pihak menghulurkan bantuan seperti makanan dan minuman untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.INFO