Sistem pengurusan sekolah yang teratur, faktor kejayaan SK Sungai Rasau

Iklan
sk-sg-rasau
Dalam usaha meningkatkan taraf Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersesuain dengan situasi semasa, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rasau, Dalat, Sarawak, telah menghasilkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang bertujuan menyumbang kepada pembangunan murid-murid.Ini secara tidak langsung menjadi fokus utama sekolah ini menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.Sistem pengurusan SK Sungai Rasau merangkumi Laman Pengurusan Kurikulum yang mempunyai pelbagai maklumat terkini berkaitan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.[caption id="attachment_43011" width="600"] Paparan muka Laman Pengurusan Kurikulum.[/caption]Para guru boleh layari laman sesawang system tersebut untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan mesyuarat kurikulum, pengurusan panitia serta program bimbingan dan pemulihan.Selain itu, Laman Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) turut diwujudkan untuk memudahkan capaian maklumat terkini berkaitan pengurusan pinjaman buku teks.[caption id="attachment_43010" width="600"] Paparan muka laman SPBT Sungai Rasau.[/caption]Dalam masa yang sama, bagi memudahkan urusan seperti peminjaman, pemulangan dan perolehan stok yang direkod oleh pengawas perpustakaan, sekolah ini turut menghasilkan Sistem Aplikasi Perpustakaan (SiAP) menggunakan Microsoft Excel.Sementara itu, penyertaan SK Sungai Rasau dalam ASSSB juga menampilkan dua orang guru yang menjadi kunci utama dalam kejayaan sistem pengurusan sekolah ini iaitu Cikgu Elrine Johini dan Cikgu Fazlynn Grunsin.Bukan itu sahaja, mereka berdua turut cemerlang dalam bidang inovasi dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) apabila diberi kepercayaan sebagai guru pembimbing untuk Innovation, Robotics and Coding Competition 2021.Artikel berkaitanPendigitalan sistem pendidikan SMK La Salle Sentul bantu guru tangani isu pengurusan pelajarFasiliti dan kemudahan SK Sena berjaya lahirkan murid holistikPembelajaran kondusif matlamat SMK Kajang Utama, sentiasa pacu kecemerlangan pelajar

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok