anugerah-emas
anugerah-emas

Fasiliti dan kemudahan SK Sena berjaya lahirkan murid holistik

Adlan Farhan Azwan
25 Jul 2022 01:57pm
A
A
A

Fasiliti dan kemudahan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar, Perlis telah berjaya melahirkan murid yang holistik dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum.

Ia dibuktikan menerusi penubuhan Sena Access Center yang merupakan satu ruang pembelajaran bagi membolehkan murid-murid belajar secara kendiri.

Sena Access Center yang mengetengahkan konsep kafe siber memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut minat masing-masing dan secara tidak langsung ia memupuk sifat berdikari dalam kalangan murid-murid.

Selain itu, sekolah ini juga mempunyai studio penerbitan audio dan visual tersendiri iaitu CyKidzCRAZE.

Murid SK Sena sedang menggunakan fasiliti Sena Access Centre.

Murid-murid SK Sena turut diberi latihan kemahiran untuk mengendalikan peralatan studio dan menghasilkan bahan-bahan penerbitan audio dan visual dengan bimbingan guru berpengalaman.

Hasilnya, murid-murid mempunyai kemahiran dalam penghasilan bahan video bagi pertandingan dalam talian dan pembelajaran berasaskan projek sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19.

Bagi penubuhan Sena Access Centre, ia telah diiktiraf dan menerima beberapa anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan antaranya

1. Anugerah Emas bagi Anugerah Pendigitalan Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah (DUTA 2021).

2. Anugerah SSQS 5 Bintang bagi Anugerah Pendigitalan Sekolah Peringkat Negeri Perlis 2021.

3. Tempat ketiga bagi pencalonan Channel YouTube Terbaik Anugerah Pendigitalan Sekolah Peringkat Negeri Perlis 2021.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Melihat dengan lebih dekat penyertaan sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), SK Sena turut dilengkapi dengan fasiliti untuk pembangunan sukan dan berjaya melakar kejayaan menerusi Airis Alisah Azizi yang menjuarai Kejohanan Badminton MO Q Sport Arena 2022 Bawah 12 Tahun.

Secara keseluruhannya, persekitaran yang kondusif telah terbukti memainkan peranan penting dalam pembangunan murid-murid yang holistik.

Artikel berkaitan

Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid

Unit beruniform tunjang kejayaan SMK Taman Maluri dalam bidang kokurikulum

Kecemerlangan guru SAMT Sultan Hisamuddin berjaya bangunkan potensi pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan