5 tip pemula selam skuba
Iklan
Selam skuba antara sukan ekstrem yang semakin mendapat tempat di hati pencinta hidupan laut hari ini dan ia boleh diceburi masyarakat seawal umur sembilan tahun.Bagaimanapun bagi mereka yang masih lagi di bangku sekolah, mereka disarankan agar diawasi ibu bapa dan juga mereka yang terlatih serta berpengalaman untuk mengelakkanperkara yang tidak diingini berlaku.Bagi kanak-kanak yang berumur antara lapan hingga 10 tahun, sekiranya mereka ingin mendalami sukan selam skuba, mereka akan bermula dengan program bubblemaker.Menurut jurulatih selam skuba bertauliah, Helmi Daud, 43, program bubblemaker adalah kursus pengenalan selam skuba yang memberi pendedahan kepada peserta cilik cara bernafas, menyelam dan prosedur operasi standard (SOP) di dalam air yang cetek.Tambah beliau, kebiasaannya kanak-kanak ini akan dilatih di kolam renang dengan kedalaman air sehingga 2 meter.[caption id="attachment_43270" width="603"] 'Tight' pakaian jenis bergetah yang nipis dan sesuai untuk kanak-kanak yang baru 'berjinak-jinak' dengan sukan selam skuba.[/caption]"Di peringkat (bubblemaker) awal ini, kanak-kanak akan dilatih sama ada di air laut ataupun kolam renang tetapi selalunya banyak di kolam renang."Kemudian sekiranya mereka ingin menyambung kursus ke peringkat seterusnya iaitu junior open water, kanak-kanak ini perlu menunggu sehingga umur mereka 10 tahun."Jika ingin meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu open water diver, mereka perlu menunggu sehingga berumur 15 tahun kerana kedalaman air bagi setiap peringkat adalah berbeza," katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.Ulas beliau lagi, syarat utama untuk mereka menceburi selam skuba ialah tahu asas berenang.Ini kerana selain memudahkan proses beradaptasi dengan air laut mereka juga sekurang-kurangnya dapat melakukan pergerakan renang di dalam laut seperti kicking dan mengimbangkan badan."Kalau setakat mempelajari asas selam skuba, mereka tidak perlu berenang melainkan jika ingin melakukan misi menyelamat, ini yang memerlukan penyelam untuk berenang."Saya sendiri sebagai jurulatih tidak membenarkan penyelam menggunakan tangan ketika skuba di dalam laut."Dalam air kita tidak perlu berenang, cuma perlu kicking untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain," ujarnya.Sambungnya, selain kicking, bagi penyelam yang berkemahiran akan menggunakan teknik bergerak ke kiri dan ke kanan untuk meneroka laut dalam.Sehubungan dengan itu, Helmi turut kongsikan lima tip dengan pembaca yang ingin berjinak dalam riadah marin ini.**Jom kita lihat!
- Pakai tight renang atau wetsuit